Cerita Family Islam My Stories

Memanah

Assalamualaikum

Hari Jumaat lepas saya berkesempatan menemankan anak membeli peralatan memanah. Bukan setakat teman, kenalah bayar sekali… huhu. Masuk kelab memanah di sekolah katanya…

Teringin jugak nak ambik gambar kat kedai tu, tapi takut kena hambat dengan tokey kedai pulak. Maklum ler, beli alat memanah dua ketul aje, tapi anak beranak nak berposing sakan…haha..

Sesetengah orang menganggap memanah adalah sejenis sukan. Tapi pada saya, memanah adalah satu skill. Untung sapa ada skill ni.

Belajar memanah juga adalah antara sunah yang dituntut kepada umat Islam selain dari berenang dan berkuda.

Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kalian (belajar) memanah kerana ia sebaik-baik permainan (HR Bazzar dan Tabarani).

Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA berkata. Maksudnya “Nabi Muhammad SAW telah berjalan dihadapan sekumpulan daripada suku Aslam yang sedang berlumba (dalam menunjukkan kemahiran memanah). Maka Nabi Muhammad bersabda “Panahlah wahai Bani Ismail kerana sesungguhnya nenek moyang kamu adalah ahli dalam memanah, maka memanahlah” Riwayat al Bukhari (2899, 3373, 3507)

Daripada Uqbah bin Amir berkata, aku mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda ketika di atas mimbar. Maksudnya “Dan bersedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah)” – Riwayat Muslim (1917).

Apa kebaikan dari aktiviti memanah?…Selain dari mengikut sunnah, secara tidak langsung boleh menjadikan kita lebih fokus. (Itu pendapat peribadi saya..). Orang lain mungkin ada pandangan yang berbeza…

Apa pun, tak rugi kalau kita galakkan anak-anak kita supaya belajar memanah. Bukan setakat anak-anak. Kalau Mak dia orang diberi peluang belajar pun best jugak. Betul tak?

Sekian. Wassalam.

First pic: kredit google, sumber : muftiwp.gov.my

5 thoughts on “Memanah”

  1. peralatan dia boleh tahan. huhu. tapi memang bagus. hari tu anak sy pun nk masuk kelas memanah, lepas tu stop sekejap. bagus memanah ni membuatkan lebih fokus & mata lebih tajam.

Leave a Reply