Cerita

Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Ribut

Assalamualaikum.

Kredit: i.bangi.my

Kisah ribut di Bangi semalam.

Saya dan anak saya ketika itu berada di Bangi Gateway. Masa nak keluar rumah, memang sudah terdengar guruh di langit, tapi ingatkan hujan biasa aje. Jadi, teruskan juga niat nak keluar.

Sampai di Bangi Gateway, kami terus ke sebuah restoran di sana. Nak minum petang katanya. Ketika saya sedang menikmati teh O limau panas dengan suasana yang tenang, tiba-tiba hujan turun amat lebat. Diikuti pula dengan angin yang begitu kuat. Bila melihat situasinya, memang sangat menakutkan.

Teh O limau yang tenang

Saya hanya menyaksikan kejadian itu dari dalam restoran. Nasib baik saya sudah sampai di Bangi Gateway. Kalaulah saya masih dalam perjalanan….alangkah takutnya.

Ketika ribut berlaku, kelihatan tuan dan pekerja di gerai berdekatan dengan restoran (tempat saya makan) sibuk ‘menyelamatkan’ barang-barang mereka. Entah berapa barang jualan (kebanyakannya baju dan tudung) yang basah dan mungkin rosak. Pekerja di restoran tempat saya makan juga sibuk membantu ‘jiran-jiran’ mereka. Anak-anak kecil pekerja gerai juga di bawa masuk ke dalam restoran supaya lebih selamat dan memudahkan ibu-ibu mereka menyelamatkan barang-barang jualan di gerai.

Maaf, tiada gambar yang sempat dirakamkan kerana saya pun agak terkejut melihat keadaan itu. Nak tolong apa pun tak tahu. Semoga Allah memudahkan segala urusan mereka.

Ketika dalam perjalanan pulang melalui kawasan berdekatan dengan gerai-gerai di sekitar kedai ‘D’salai Bangi Station’, kelihatan banyak gerai-gerai pacak yang sudah tumbang dan terbalik. “Ini situasi luar biasa” kata saya pada anak.

Bila melalui kawasan sekitar Seksyen 3 Tambahan juga saya melihat perkara yang sama. Tidak kurang juga pokok yang tumbang. Allahu. Memang kuat juga ribut semalam. Tak tahulah berapa banyak barang dan harta benda yang musnah. :'(

Moga Allah memudahkan segala urusan mereka dan kita semua. Aamiin.

4 thoughts on “Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Ribut”

Leave a Reply