Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Hajat untuk ke pantai lagi tercapai. Semasa sibuk dengan hal-hal pekerjaan hari tu, hati memang rasa nak sangat tengok laut, ombak, pantai, matahari, ‘langit oren’ dan yang sewaktu dengannya.
Destinasi kami adalah ke Mersing.
Ni pemandangan di waktu pagi. Dalam pukul 7 lebih. Tu pun rasa dah terlambat, jadi, terpaksa berlari larian dari tempat penginapan ke pantai, juga takut tak sempat merakamkan gambar mentari oren di ufuk timur.
Subhanallah. Cantik pemandangannya. Tapi, mungkin kerana saya tak berapa pandai ambik gambar dan hanya berbekalkan kamera henfon cap ayam, jadi hasilnya gitu2 aja. Kalau tengok pemandangan sebenar, memang cantik sangat.
Jadi tunggu apa lagi. Datanglah ke Mersing. #tahunmelawatjohor 😊😊😊
Sempat juga berjalan jalan di persisiran pantai bersama keluarga sejauh hampir 4km (perjalanan pergi dan balik) ….. huhu. Tak terasa jauhnya sebab saya memang suka pemandangan yang macam tu. Hilang lemak2 makan nasi ayam semalam.
Ok. Tu aje nak update.
Selamat bercuti sekolah kepada adik-adik dan anak-anak semua. Untuk Mak2 pulak, inilah masanya nak tunjuk xtra skill memasak dan luangkan lebih masa untuk anak-anak.
Sekian. Wassalam.
Mersing mmg cantik.. last pergi masa ada lawatan kerja kembara mahkota johor melawat mersing tahun lepas. Suka dgn suasana pantai dan sunset kat sana.. damai dan permai.
Betul. Cantik sangat. Setiap kali ke sana, memang tak lepas kan peluang utk tengok pantai, sunset dan sunrise.
Thanks Khir
gambar first tu cantik sangat!
klasik. sederhana. suasana jujur
Kembang Mak bila baca ni.. Thanks Padin..😊😊😊