Cerita Family Travel

Di Pasiran Pantai

Assalamualaikum.

Sepanjang jalan di persisiran pantai, ada banyak juga hidupan laut yang dijumpai.

Saya nak letak gambar kat sini. Untuk kenang-kenangan. Gigih anak-anak saya cari hidupan laut ni dan bersungguh-sungguh juga Mak dia orang ambik gambar… 😜😜😜

Tapak Sulaiman. Orang kampung saya panggil StarFish. Teringat pulak kat Patrick kawan Sponge Bob.. 😁
Ni Mr Krabs. Jangan korang tangkap masak ketam lemak cili api sudahlah. Sian pulak tengok. Kalau nak makan ketam sangat, pergi cari kat pasar.
Kalau nak tahu, inilah obor-obor atau Jellyfish. Begini rupa parasnya kalau jumpa kat atas darat. Bukan jelly biasa-biasa. Tak boleh makan dan ia dikategorikan sebagai haiwan yang berbisa. Boleh tengok saja tau.
Ni sejenis cengkerang. Nak panggil apa pun tak tau. Tapi comel jugak rupa bentuk dia.

Itulah hasil tangkapan gambar hari Sabtu lepas. Kalau lagi beberapa tahun nanti anak saya tanya, saya akan jawab.. “inilah hasil kerja kita masa pergi Mersing hari tu”.

Apa pun, pada saya.. kalau melihat laut dan pantai, memang sangat mendamaikan.

Sekian. Wassalam.

Leave a Reply