Tahukah anda apa khasiat daun semambu? Pokok semambu yang juga dikenali sebagai mambu atau nama saintifiknya Azadirachta Indica merupakan tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae. Terdapat pelbagai nama lain yang dirujuk dengan tumbuhan ini antaranya Nimba (Indonesia dan Sanskrit), Neem (Benggali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (bahasa Parsi), Neeb (Arab), Vempu (Tamil), Indian Lilactaumergosa (Inggeris) dan banyak lagi.
Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Pokok ini hidup di negara beriklim tropika dan separa tropika. Batang pokok semambu atau neem agak besar dan berkulit tebal. Daunnya menyirip genap dan berbentuk bujur dengan tepi bergerigi dan runcing.
Sama ada kita sedar atau tidak, sebenarnya ada banyak khasiat daun semambu atau neem ini. Pokok semambu dianggap sebagai pokok perubatan dan digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati oleh orang India. Ada yang menggunakan daun, buah, bunga dan kulit pokok untuk tujuan perubatan. Sebagai contoh, ada yang menjadikannya sebagai ubat jerawat, ubat kencing manis (antidiabetic) dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai bahan anti serangga (contoh: menghindar gigitan nyamuk) dan untuk menghapuskan kutu rambut manusia, kucing dan anjing. Asap dari pembakaran daun semambu atau neem juga boleh membunuh serangga.
Terdapat kandungan anti-bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada pokok semambu atau neem. Daunnya dikisar menjadi serbuk atau pes dikatakan sangat berkesan untuk melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan juga demam campak.
Kalau di kampung mungkin lebih mudah untuk mendapatkan daun semambu atau daun neem. Tapi kalau di bandar, bagaimana? Di sesetengah tempat ada ditanam pokok semambu (atau neem) ini, tapi tidak pasti pula senang atau sukar untuk mendapatkan daunnya. Nasib baik sekarang sudah ada sabun yang dibuat dari daun semambu atau daun neem. In shaa Allah, semuanya menjadi lebih mudah.
Semoga artikel tentang khasiat daun semambu ini dapat memberi manafaat untuk kita bersama.
Untuk maklumat tentang Scrub Neem, sila hubungi En Mohamed di 0193153550
Sila baca tentang Scrub Neem di sini
Harga promosi RM12 satu (berat 60gm).
Sekian. Wassalam.
Rujukan utama: karangkraf.com, agrobiosolution.blogspot,com
Gambar: hajamateam.com, impiana.org
ternyata daun semambu ini memiliki banyak kasiat untuk kesehatan ya..terima kasih atas informasinya..
Nimba, saya benar-benar baru tahu nama daun tersebut. Dan sepertinya dikampung saya tidak ada daun seperti itu.
Ada banyak khasiatnya. Terutama untuk kulit.
Betul ke org kata daun semambu ni boleh halau hantu huhu.. wallahualam. Bagus juga klu tanam di rumah utk tambah koleksi hiasan taman, ada manfaatnya juga.
Nanti bole ka ajak member2 kawan taman…
Ya betul. Ada banyak manafaatnya.
Banyak khasiatnya.
Tapi belum ada tanam lagi pokok ni.
daun paling popular kalau ada kes demam campak 😉
Perkongsian menarik pasal daun semambu.
good info 🙂
Can you be more specific about the content of your enticle? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me. https://accounts.binance.com/en/register-person?ref=P9L9FQKY