Khasiat Daun Bidara




Assalamualaikum

Tahukah anda tentang Khasiat Daun Bidara?

Bidara sidr yang disebutkan di dalam sunnah adalah bidara berduri. Nama saintifiknya adalah Ziziphus spina-christi.

Daun bidara jenis ini biasanya digunakan untuk tujuan perubatan. Daunnya tidak sama dengan daun bidara epal yang biasa kita jumpa.

Jom kita baca tentang khasiat daun bidara.

Ada beberapa ayat Quran yang memperkatakan tentang Bidara.

Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada diantara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya, dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak – Waqiah, 27-32

Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir besar dan kami gantikan kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Asl dan sedikit pohon bidara – Saba, 16

Khasiat Daun Bidara

  • Sunat juga digunakan ketika memandikan jenazah dan menghilangkan najis dari tubuh mayat. Disarankan jenazah dimandikan dengan air yang dicampurkan dengan daun bidara.

Mandikanlah dengan mengguyurkan air yang dicampur dengan daun bidara 3 kali, 5 kali atau lebih daripada itu jika kalian anggap perlu dan jadikanlah yang terakhirnya dengan kapur barus (HR Bukhari no. 1253 dan HR Muslim no. 939)

  • Sunat digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru bersuci daripada haid.

Salah seorang dari kalian (wanita haid) mengambil air yang dicampur dengan daun bidara lalu dia bersuci. Lalu ia menuangkan air ke atas kepalanya seraya menggosoknya dengan gosokan yang kuat hingga air masuk ke akar-akar rambutnya. Kemudian dia menyiram tubuhnya dengan air. Kemudian dia menggambil secarik kain yang telah dibaluri dengan minyak misk lalu dia bersihkan dirinya. Aisyah berkata, dia mengoleskannya ke bekas-bekas darah (HR Muslim no.332 dari Aisyah)

  • Daun bidara juga dipergunakan dalam proses Ruqyah untuk merawat orang yang dirasuk masalah gangguan jin dan sihir.

Wahb bin Munabih, salah seorang pemuka tabi’in yang ahli sejarah dalam ilmu kedoktoran menyarankan untuk menggunakan tujuh helai daun bidara yang dihaluskan. Kemudian dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, Surah Al Kafirun, Surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas (lihat Musshannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13).

Jika anda menggunakan daun bidara asli, caranya ambil 7 helai daun bidara yang masih hijau dan tumbuk dinatara 2 batu (biasanya guna batu lesung). Bila daun bidara sudah lumat, masukkan ke dalam baldi lalu disiramkan air ke atasnya sebanyak jumlah air yang cukup untuk mandi dan dibacakan di dalamnya ayat-ayat Al Quran.

Tapi sekarang semuanya telah mudah. Anda boleh menggunakan sabun atau scrub bidara untuk dijadikan mandian daun bidara. Tapi, pastikan yang asli. In shaa Allah dengan izin Nya.

Untuk maklumat lanjut tentang Scrub Bidara, sila hubungi En Mohamed di 0134437225.

Harga promosi RM15 setiap satu (berat 60gm).

Sila baca tentang Scrub Bidara di sini

Rujukan utama: (1) bidaraterapi.com  (2) lamosea.com (3) miraclebidara.com

25 thought on “Khasiat Daun Bidara”

  1. Khir Khalid says:

    Dulu pernah masa belajar silat (bukan tahap pendekar pun haha) ada yg cakap daun bidara ni klu kene dgn jampinya boleh buat kita jadi invisible.. huh, kurafat betullah masa tu huhu 😀

    1. Fidah Shah says:

      Ni bukan pendekar mustar kan…:D

  2. Sekarang sudah ada sabunnya, wah praktis sekali ya? Tapi sepertinya dikampung saya belum ada. Dan daun bidara biasanya dicampurkan pada bak air untuk memandikan jenazah.

    1. Fidah Shah says:

      Biasanya digunakan untuk memandikan jenazah. Tapi ada juga yang guna untuk perubatan

  3. Anisayu says:

    Jadi mudah ya
    Sudah ada sabun bidara

    1. Fidah Shah says:

      Sekarang mudah
      tidak perlu susah-susah

  4. Masjid tempat saya ada pokok bidara ni..dah besar jadi pokok kayu pun. Memang selalu la orang awam datang lepas tu ambil daunnya..maybe untuk tujuan berubat kot,,

    1. Fidah Shah says:

      Mungkin untuk tujuan perubatan atau mandikan jenazah

  5. Zumal says:

    Tak sangka daun bidara ni bagus untuk perubatan

  6. nohas says:

    pernah ikut kawan berubat dgn ustax, guna daun bidara…..buah bidara sedap, rangup mcm epal..

    1. Fidah Shah says:

      Boleh makan ya.. Ada juga yg sama spesis, orang panggil epal siam

  7. baru tahu pasal ni. patutla banyak digunakan oleh perubatan islam

    1. Fidah Shah says:

      Betul tu Ana. Daun bidara ni, digunakan untuk perubatan islam.

  8. Lynn says:

    dapat pahala kalau kita tanam
    pokok bidara di dlm kws masjid
    memudahkan utk org ramai menggunakan
    bagi rawatan sihir
    in sya allah

    1. Fidah Shah says:

      Di kawasan masjid tempat saya juga ada…Memudahkan kan orang untuk mendapatkannya.

  9. Warisan petani says:

    Ada tanam pokok ni untuk dapatkan buahnya.
    Daunnya tak pernah guna lagi.

    1. Fidah Shah says:

      Daunnya juga ada banyak kegunaan.

  10. Baru saja minggu lepas mak bawa pulang buah bidara, tak reti nak describe rasanya nak kata macam epal tak juga.

    1. Fidah Shah says:

      Kalau buah bidara yg tu..rasanya lebih kurang macam epal. Tapi untuk perubatan, jenis pokok bidaranya lain.

  11. anies says:

    tahu makan buah dia je tp x berapa tahu ttg khasiat daunnya

    1. Fidah Shah says:

      Pokok bidara utk perubatan, ada duri. Jenis pokoknya lain dengan pokok bidara yang ada buah tu.

  12. Pingback: buy cialis

Leave a Reply

Related Post