Beauty & Health Homemade Scrub

Mandi

Kenapa perlu mandi? Mesti semua orang dah tahu, kita perlu mandi untuk membersihkan badan. Mandi penting untuk kesihatan dan menjaga penampilan supaya sentiasa bersih dan kemas.

Tapi uolls tau tak sebenarnya ada bermacam-macam jenis mandi. Jom baca sini.

  • Mandi Susu. Ada banyak spa-spa yang menawarkan mandi susu. Tujuan mandi susu adalah untuk memutihkan dan menghaluskan kulit. Susu yang biasa digunakan adalah susu lembu atau susu kambing.
  • Mandi Bunga. Mandi Bunga dapat menaikkan seri wajah. Dipercayai badan manusia dapat kembali segar dengan khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan. Biasanya 7 jenis bunga digunakan untuk mandi bunga. Tapi sekarang tak perlu susah-susah lagi. Gunakan saja Joy Young Living Essential Oil. Anda boleh dapat 7 khasiat bunga dalam setiap titisannya.
  • Mandi daun bidara. Mandi dengan daun bidara juga digunakan sebagai salah satu alternatif perubatan. “Hendaklah dia mengambil 7 helai daun bidara yang segar lalu menumbuknya diantara 2 batu (batu lesung), kemudian dicampur dengan air lalu dibacakan ayatul kursi and 3 Qul”. Sebagai rawatan tambahan, anda boleh menggunakan scrub bidara. Scrub ini juga boleh digunakan sebagai scrub mandi harian.
  • Sun bathing. “If you can’t tone it, tan it”. Siapa tak suka jika dapat menikmati keindahan pandai sambil sapu-sapu losyen dan berjemur di bawah sinaran matahari. Ala2 mat salleh gitu. Tapi ingat, kalau pergi ke tempat yang banyak pelancong pompuan tu, hati-hati ya Abang2 dan PakCik2. Pastikan mata hanya tertumpu pada matahari dan losyen saje…😊
  • Mandi tak basah. Pepatah lama ada mengatakan kalau orang bercinta boleh sampai tahap mandi tak basah, makan tak kenyang. Kalau nak tahu, mandi tak basah juga selalu terjadi jika berlakunya kejadian empangan pecah atau masalah tiada bekalan air di kawasan rumah…🙈
  • Mandi kerbau. Adik2 yang bersekolah pagi tu, jangan mandi kerbau ya. Mandi kerbau adalah istilah yang digunakan untuk perbuatan mandi yang cepat-cepat dan hasilnya tidak bersih. Mandi kerbau tidak ada kaitan langsung dengan telur mata kerbau atau kuih kuba guling 😅!

Sekian. Wassalam.

12 thoughts on “Mandi”

  1. Kita semua selalu mandi tp tak sama dgn mandi utk rawatan atau terapi ni. Kena ambil tahu juga dan sesekali kena juga mandi utk terapi badan ni especially kepada yg klu sampai peringkat mandi tak basah tu, eh!. Thanks sharing 🙂

Leave a Reply