Lemon and Lemon Essential Oil




Assalamualaikum..

Siapa suka lemon juice..best kan. Bukan setakat sedap di tekak, malah baik juga untuk kesihatan.

Menurut Indian Ayuverda, lemon selalu digunakan untuk menambah rasa dalam minuman atau masakan. Tak percaya, cuba bayangkan kelazatan lemon chicken. Betul tak Mak Yam?. Lemon juga digunakan untuk melegakan sakit tekak dan menyembuhkan beberapa jenis penyakit.

Jom kita baca, apa kebaikan yang boleh kita dapat dari buah lemon.

  1. Membantu untuk menurunkan berat badan. Penting ni! Lemon membantu mengeluarkan toksik dalam badan. Selain itu, lemon juga membantu memberikan tenaga yang cukup pada anda. Jika anda sedang berdiet, tambahlah lemon di dalam menu diet anda.
  2. Membaiki sistem pernafasan. Lemon dipercayai dapat mengatasi masalah mulut berbau dan dengkur. Jika anda mempunyai masalah gigi, boleh juga sapukan perahan lemon untuk mengurangkan kesakitan.
  3. Meningkatkan daya fokus. Jika mahu meningkatkan daya fokus di tempat kerja, lemon sangat membantu. Begitu juga untuk meningkatkan fokus anak-anak di sekolah. Ada kajian yang menyatakan, minyak lemon mempunyai bau yang sangat menenangkan dan mampu meningkatkan fokus seseorang.
  4. Membuatkan muka anda lebih berseri. Penting ni Kak Ton. Lemon boleh menghilangkan jerawat-jerawat degil yang singgah di muka. Kandungan vitamin c-nya dipercayai boleh mencerahkan kulit dan menanggalkan sel kulit mati. Untuk lebih mudah, anda boleh menambahkan minyak pati lemon ke dalam masker atau scrub anda. Selain daripada untuk muka, nak buat scrub bibir pun boleh.
  5. Lemon membuatkan kaki anda lebih menarik. Apa gunanya muka cantik kalau kaki tak menarik. ..😄. Betul tak Adik Kakak semua? Asid sitrik yang ada pada lemon dapat membantu untuk merawat sel kulit mati, menggalakkan pembaharuan kulit dan mencerahkan bahagian yang gelap. Antara cara yang boleh digunakan, rendam kaki anda ke dalam 2 ke 3 sudu perahan lemon atau beberapa titis pati minyak lemon bersama 2 sudu besar minyak zaitun dan 1/4 cawan susu. Selepas itu, jangan lupa untuk membuang sel kulit mati di kaki terutamanya di bahagian tumit. Boleh juga guna cara ini.

Banyakkan khasiat dan kebaikan lemon… Tak percaya boleh cuba tips-tips di atas.

Nak lagi senang, gunakan saja Young Living Lemon Essential Oil. Tuang saja dari botol…

Sekian. Wassalam.

Rujukan: 18 khasiat lemon www.bidadari.my

10 thought on “Lemon and Lemon Essential Oil”

  1. nohas says:

    suka bau lemon..

    1. Fidah Shah says:

      Best dan menyegarkan

  2. Wan syahida says:

    terima kasih. saya selalu amalkan lemon..

    1. Fidah Shah says:

      Bagus tu. Baik untuk kesihatan.

  3. Zumal says:

    Wah bagus ye Lemon ni

    1. Fidah Shah says:

      Bagus Zumal. Jom la beli sebotol

  4. khirkhalid says:

    Lemon mmg bagus utk mandian. Bagus sgt ada dlm botol mcm ni.. memudahkan.

    1. Fidah Shah says:

      Betul. Sangat memudahkan. Nak bawa gi travel pun senang..
      Thanks Khir..

  5. anies says:

    sy kn suka sgt kalau ada pewangi lemon dlm toilet heheheh rs mcm fresh sgt..

    1. Fidah Shah says:

      Bau lemon memang fresh…semerbak ok..hihi

Leave a Reply

Related Post