Jawa




Assalamualaikum

Lately ni saya rasa macam dah kena sawan jawa pulak. Haha..

Sebelum cerita panjang, saya nak up gambar tote bag bermotifkan ala2 batik jawa. Saya padankan dengan kain lain supaya tak nampak penuh sangat…Kain bercorak ala2 batik pun cuma ada yang ni dalam koleksi, so jahit la apa yang ada dulu.

Ni la hasil dari projek ‘goyang kaki’ aka menekan mesin jahit weekend lepas.

Al kisahnya balik kampung hari tu, dengar ada Mak Cik tu cakap jawa. Macam best pulak, (mencik kan…macam la selama ni tak pernah dengar orang cakap jawa).

Bila tengok saya macam jakun kot…Mak Cik tu siap tanya lagi “Fidah pandai cakap jawa?” Saya pun jawab..”Tak”…Setakat 2 atau 3 patah perkataan tau la. Mangan, iwak, sego tu reti la nak sebut. Yang lain-lain tu kirim salam..huhu

Abah saya orang jawa, Arwah Mak saya bukan orang jawa. Jadi kat rumah cakap melayu. Kadang-kadang cakap Perancis… Bila dah tua ni rasa rugi pulak tak reti cakap jawa.

Tak pe lah. Pelan-pelan belajar. Boleh lagi kan.

Sekian. Wassalam.

10 thought on “Jawa”

  1. anies says:

    lawalah beg… kalau beri kat org tua dia mesti akan ckp boleh isi telekung bw g masjid 😉

  2. khirkhalid says:

    Cantik beg tu.. cakap jawa mmg sempoi. Dulu slalu juga makan kat warong ramai org jawa, cakap jawa semata kat situ. Skrng klu pergi Ijok atau Banting pun mcm tu. Tak faham, tp syok dengar diaorg cakap hehe

  3. nohas says:

    cantik…gandingan batik & polos…dulu housemate org jawa, bila sembang dgn boifren cakap jawa, tak bagi saya faham…hihi..

  4. wansyahidaw says:

    cantik beg tu… mcm berkenan je..

  5. Ayo belajar bahasa jawa dengan saya. Saya asal jogjakarta.

  6. khirkhalid says:

    Suka dgr org ckp jawa berbual.. tp tak faham juga sbb dah terbiasa dgn bahasa portugis hehe

  7. tau ‘ireng’ jee hahaha selalu dengar orang cakap..

  8. paridahishak says:

    biasalah fidah melayu campur jawa mmg jawa dilupakan tapi mmg ralit dgr mrk ni ngomong sesama mrk heh..heh..

  9. SalbiahM says:

    sempat lagi nak belajar kak. Anyway, lawa gila tote bag tu. Untung pandai menjahit ni

  10. OKje says:

    Rajinnya…….
    Sebab mak bukan org jawa kan tu yg tak berapa reti cakap Jawa tu rasanya…. sebab anak kan banyak masa dgn makk kan……. Kalau tak, bolehlah kita cakap Jawa FS hihi

Leave a Reply

Related Post