Cerita My Stories Uncategorized

Akak Ada 20 Sen?

Assalamualaikum.

Rancangan saya tengah hari tadi adalah untuk ke kedai kain. Niatnya nak cari bahan untuk buat tote bag. Pergi jalan kaki aje dari office.

Tiba di satu tempat (walau pun tidak begitu terpencil, tapi agak sunyi), seorang pemuda berbangsa melayu menegur saya. “Akak ada 20 sen?”. Dari caranya, saya rasa dia tidak cukup syiling untuk membeli minuman di vending machine.

Saya terkejut sebab tiba-tiba ada orang mintak duit. Rasa nak bagi, tapi memandangkan di kawasan itu tidak ada ramai orang, rasa takut pulak nak buka beg dan purse. Terus saya jawab “Tak ada Dik”. Nampak mukanya agak kecewa. Terus dia memandang kembali ke arah vending machine. Dahaga agaknya.

Tiba-tiba ada seorang wanita (dari rupa dan gayanya seperti bukan Melayu dan mungkin juga bukan Islam) lalu di situ. Terus pemuda tadi menegur ” Akak ada 20 sen?”. Saya masih tidak begitu jauh dari tempat itu dapat melihat wanita tadi bersusah payah membuka beg dan purse untuk mencari 20 sen. Duit 20 sen kemudiannya diberikan kepada pemuda tadi. Dapatlah pemuda tadi membeli minuman.

Allahu. Malunya saya. Orang bangsa asing pun boleh bersusah payah untuk menolong orang, saya yang mengaku Islam boleh mementingkan diri begitu saja. Selfishnya saya. 20 sen aje kot. Astagfirullah….

Memang menjadi pengajaran untuk saya. Malu. Rasa bersalah pun ada. Kalau perempuan tadi boleh membantu orang, mengapa tidak saya…

Sekian. Wassalam.

9 thoughts on “Akak Ada 20 Sen?”

Leave a Reply