Cerita

Why No Photo?

Assalamualaikum.

Baru-baru ni ada masalah dengan blog. Bila buat entri, tak boleh nak upload gambar. Mana boleh entri tak ada gambar??..hehe. Betul tak?

Beberapa hari jugak la masalah ni ada. Nak buat entri baru memang tak dapat ler. Jadi, bermacam-macam cara dicuba. Segala tutorial di youtube mengenai masalah tak boleh upload gambar atau gambar hilang dicuba. Tapi, setelah beberapa hari mencuba, solusinya masih belum ada. Memang buntu jugak, sebab tak tau apa punca masalah dan nak betulkan macam mana.

Bila tutorial dari youtube tidak begitu membantu, saya cuba la google2 cari cara lain. Tips dari orang putih, orang Malaysia dan negara jiran. Ada macam-macam tips yang dikongsi. Macam-macam ada. Ada yang saya cuba, ada yang baca saja. Hasilnya???..Masih belum berhasil. 😭

Cuma mampu berdoa. Moga Allah bagi ilham. Macam mana nak selesaikan masalah ini.

Dan…….., di suatu hari selepas subuh (bukan hari ni), saya teringat pada tips yang dikongsikan di blog gurubaru.com (blogger dari negara jiran). Saya pernah baca tips dari blogger ini pada hari sebelumnya, tapi tidak pula nak mencuba. Sebab tips nya mudah sangat. Macam tak percaya pulak (huhu…tu la. Sapa suruh sombong)

Akhirnya. Saya cuba tips itu. Ya..hanya dengan menekan satu button saja. Di ulang, hanya dengan menekan satu button saja. Alhamdulillah masalah gambar2 saya yang tidak boleh diupload sebelum ini dapat diselesaikan.

Begitu mudah sebenarnya, kalau Allah nak bagi ilham. Semuanya dengan izin Allah. Masalah dapat diselesaikan dengan mudah.

Alhamdulillah. Gambar dah boleh diupload. Lepas ni, boleh dah kalau nak buat entri baru.

Sekian. Wassalam.

10 thoughts on “Why No Photo?”

  1. Iya jika konten tak ada gambar
    Warna tulisan tampak pudar

    Namun Jika masalah upload terpecah
    Kembali menjadi mudah dan indah

Leave a Reply