Cerita Uncategorized

Apa Ada Dengan Senja

Ada sinar dihujung cahaya…

“Kenapa Mak Cik suka ambik gambar senja?”

“Sebab cantik. Panorama senja ibarat lukisan indah di atas kanvas alam. Ada pesonanya yang tersendiri. Cuba tengok matahari yang hampir terbenam. Kian malap, tapi masih ada sinar dihujung cahayanya”.

“Sebab tu ke senja istimewa di hati Mak Cik?”

“Senja mengingatkan Mak Cik tentang betapa besarnya ciptaan Allah. Alam bertukar warna ketika senja. Siang bertukar malam. Usai Maghrib bertemu Isyak. Semuanya menginsafkan diri tentang kekuasaan Ilahi dan menunjukkan betapa kerdilnya kita.

“Siang bertukar malam. Malam berganti siang. Semuanya berlalu pantas mengikut hukum alam. Maksudnya, tidak ada yang kekal di dunia ini kecuali dengan izin Allah. Betul kan Mak Cik?”

“Betul. Senja membawa peringatan. Umur Mak Cik pun dah senja. Bila berganti tahun, semakin senjalah umur Mak Cik. Tak lama lagi dah nak sampai usia malam pulak. Itu pun kalau sempat”

Sekian. Wassalam.

Nota: Artikel hanya sebagai peringatan untuk diri sendiri. Untuk kawan-kawan, Selamat Tahun Baru. Semoga lebih suksess, tercapai segala hajat dan moga segala urusan kita dipermudahkan. Aamiin.

Credit : Ms Rin Azrina (Penulis Novel Musim Sejuta Warna) di atas segala panduan. Terima kasih daun keladi. Dulu-dulu tak belajar kesusasteraan melayu, Mak belajar bahasa perancis…😛😅

14 thoughts on “Apa Ada Dengan Senja”

    1. Selamat Tahun Baru En Hafiz.
      Betul. Sunset di pantai memang cantik. Apa lagi kalau dapat merakamkan gambar matahari terbenam dan ada ombak di laut…Memang selalunya itu yang di tunggu kalau ke pantai.
      Thanks

  1. Bila melihat senja, timbul kesedaran yg diri ni semakin tua. Selamat tahun baru 2019. Moga tahun ini lebih baik dlm amalan, kejayaan serta keberkatannya buat kita semua.. aamiin.

Leave a Reply