Ada Lavender Dalam Laci




Assalamulaikum.

Lavender biasanya digunakan sebagai bahan untuk haruman. Kalau tak percaya, cer tengok pada perfume, sabun, pelembut pakaian, pencuci lantai dan macam-macam lagi.

Sebenarnya bukan itu saja. Ada banyak lagi manafaat yang boleh didapati dari lavender ini. Kalau tak percaya, jom baca sini.

Mak suka yang warna purple. Korang? 😉
  • Lavender untuk kecantikan. Kalau adik kakak semua nak tahu, campuran minyak lavender dan beberapa bahan lain dapat menghasilkan make up remover dan toner. Nak buat DIY lip balm pun boleh. Minyak lavender boleh juga dicampurkan dengan krim pelembab dan losyen badan untuk kesan yang lebih efektif. Rahsia kulit gebu gebas gitu.
  • Perfume. Bau lavender memang best dan harum. Maka, tidak hairanlah jika ada juga yang menjadikannya sebagai minyak wangi. Bukan untuk manusia sahaja, nak jadikan pewangi kereta atau pewangi pakaian pun boleh.
  • Tidur lebih lena. Dinda tak tipu. In shaa Allah boleh tidur lena kalau diffuse minyak lavender ni. Kalau belum berkesempatan untuk membeli diffuser, boleh juga titiskan minyak lavender di bantal. Ia dapat membantu untuk tidur lebih nyenyak. Sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
  • Peace and calming. Untuk rasa lebih tenang dan nyaman anda boleh directly inhale atau diffuse minyak lavender ini. Tak caya boleh cuba. Titiskan minyak lavender di tapak tangan, hidu aromanya. Moga dapat menghilangkan stress dan membaik pulih mood.
  • Lavender untuk rambut. Campuran minyak lavender dengan beberapa pati minyak lain seperti cedarwod dipercayai dapat membantu pertumbuhan rambut. Aromanya yang menenangkan juga dapat menghilangkan stress yang juga menjadi salah satu sebab masalah keguguran rambut.
  • Minyak urutan. Minyak pati lavender boleh dicampurkan dengan minyak urutan anda untuk kesan aroma ala2 spa. Tak percaya boleh cuba. Best tau.

Jadi, tunggu apa lagi. Jom beli minyak lavender.

Sekian. Wassalam.

8 thought on “Ada Lavender Dalam Laci”

  1. anies says:

    sy terbayangkan andai kata dpt baring atas kebun lavender haha

    1. Fidah Shah says:

      Kalau lah saya ada kebun lavender….😊😊😊

  2. Zumal says:

    Suka bauan lavender

  3. khirkhalid says:

    Teringin nak tanam lavender pula bila baca ni.. rasa boleh hidup tak? Best juga.

    1. Fidah Shah says:

      Ntah..boleh kot. Cubalah. Mana tau menjadi..

  4. SalbiahM says:

    Teringat ex roomate zaman uni dulu. Peminat tegar lavender. Memang wangi je.

    1. Fidah Shah says:

      Best bau lavender ni. Kalau guna utk tido.. In shaa Allah.. Boleh lena

Leave a Reply

Related Post