Bengkak Di Kaki Nampak Di Mata, Bengkak Di Hati Siapa Yang Tahu




Assalamualaikum

Abaikan  tajuk dia atas….Hari ni Akak nak cerita pasal bengkak kaki.

Hari Selasa hari tu, masa balik dari sekolah, anak saya, Afiq tidak lah mengadu apa-apa. Cuma cakap jatuh kat sekolah. Saya tengok di tangan dan kakinya juga tak ada sebarang kecerderaan.

Tapi esoknya waktu nak bersiap ke sekolah, dia berjalan dengan perlahan. Saya tanya kenapa. Dia jawab kaki sakit. Semalam jatuh.

Saya tengok kaki kanannya. Ada sedikit bengkak di buku lali. Saya tanya boleh ke pergi sekolah? Sakit tak? Dia kata mahu ke sekolah juga.

Isshhkkk..tak kan nak biar aje macam tu. Sakitnya lah nanti. Pagi nak ke KAFA, tengah hari nanti nak ke Sekolah Kebangsaan. Kalau bengkaknya tak surut, tak kan lah nak menanggung kesakitan sepanjang hari.

Akak pun dengan pantas mengambil minyak panaway dan copaiba. Akak titiskan 2 titik (each oil) dan sapu perlahan-lahan di kaki Afiq. Bising juga mulutnya menahan kesakitan. Saya urut sikit-sikit di bahagian kaki yang sakit.

Kemudian, Akak hantar Afiq ke sekolah seperti biasa.

Alhamdulillah, semalam semasa balik dari sekolah, bengkak kakinya pun dan surut. Afiq dan boleh berjalan seperti biasa. Dia kata masih sakit sikit-sikit tapi dah ok banyak.

Pagi tadi Akak tanya lagi, macam mana kaki?  Dia kata dah ok. Cuma belum boleh berlari aje…errmmm

Alhamdulillah. Semoga Allah memberikan kesembuhan pada anak saya…aamiin.

Pan Away Essential oil. Iannya dapat melegakan kesakitan, melancarkan pengaliran darah dan mempercepatkan proses pembaik pulih.

Copaiba Essential oil. Ianya dapat juga dapat membantu melegakan otot-otot yang sakit dan bersifat anti-imflammatory.

Sekian. Wassalam.

Nota kaki: cerita ini tidak ada kaitan dengan bengkak hati…sorry..hehe

6 thought on “Bengkak Di Kaki Nampak Di Mata, Bengkak Di Hati Siapa Yang Tahu”

  1. Mrs. A says:

    Good boy! sakit-sakit kaki pun nak ke sekolah juga

    1. Fidah Shah says:

      Moga jadi anak yang baik sampai bila2..
      Dia suka pergi sekolah jumpa kawan2..

  2. Padin says:

    wahaha tajuk macam lagu M Osman..
    saya masa kecik dulu pon kalau ada apa2 tak bagitau mak ayah..
    lagi panjang leter dari cari penyelesaian 😀

    1. Fidah Shah says:

      Ni sebab dah sakit la tu. Kalau tak mesti diam aje. Takut kena marah.
      Thanks Padin.

  3. Khir Khalid says:

    Semoga dipermudahkan dan diberi kesembuhan segera sepenuhnya buat Afiq.. aamiin.

Leave a Reply

Related Post