Bags & Pouches Sewing Diary Tote Bag

Reversible Tote Bag

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal reversible tote bag.

Alhamdulillah. Dapat cuti panjang kali ini. Bercuti 3 hari 12 hingga 14 September, tapi dapat bercuti selama 10 hari sebab bersambung dengan cuti hujung minggu dan cuti umum (public holiday) yang lain.

Cuti kali ini dapatlah Akak menyambung projek ‘goyang kaki’ bersama mesin jahit yang dah lama tertangguh.

Ni dia..projek menjahit beg.

Akak namakan beg ni ‘Whitebarley Reversible Tote Bag’. Di namakan sebagai reversible tote bag sebab beg ini boleh digunakan di kedua-dua side. Kalau dah boring dengan satu side, boleh terbalikkan beg tersebut untuk digunakan side lagi satu sebagai permukaan. Akak suka materialnya sebab tak ada masalah nak basuh beg tersebut kalau kotor.

Sebenarnya dah lama tak menjahit. Jadi, production kira slow la jugak. Proses pilih kain. Lepas tu proses ukur dan potong. Last sekali baru la part jahit menjahit.

Gambar-gambar kat atas tu la hasil projek jahit menjahit hari tu. Alhamdulillah. Berjaya disiapkan. Nak kata penat…memang memenatkan. Nasib baik ada essential oils. Bila diffuse, segar rasa.

Ada beberapa beg yang sudah dijual. Alhamdulillah. Thanks kawan-kawan for the support.

Harapnya aktiviti menjahit dan reversible tote bag ni dapat menjadi antara sumber pendapaatan. Semoga Allah memberikan kurnia limpahan rezeki yang halal dan semoga segala urusan kita semua dipermudahkan.

Aamiin.

6 thoughts on “Reversible Tote Bag”

Leave a Reply