Beauty & Health Homemade Scrub Product Review Scrub Bidara Scrub Neem

Kenapa Perlu Scrub Badan

Assalamualaikum.

Hari ni Akak nak cerita tentang kepentingan scrub badan. Kenapa perlu scrub badan? Tak cukup ke kalau guna sabun sahaja?

  • Mandi menggunakan sabun atau mandian buih biasa boleh membersihkan badan daripada kotoran. Tetapi sel kulit mati tidak dibuang dengan sempurna dan akan mengakibatkan sel-sel kulit mati bertambah tebal. Ini adalah sebab utama kenapa kita perlu scrub badan.
  • Seperti yang dinyatakan di atas, scrub dapat menanggalkan sel-sel kulit mati pada badan. Lepas scrub, pastinya kulit terasa halus dan mulus.
  • Memutihkan bahagian yang tertentu seperti siku, ketiak, celah pelipat, belakang dan mana-mana bahagian yang perlu.
  • Scrub dapat membersihkan kulit secara ‘deep clensing’. Maka, jika menggunakan pelembab selepas itu, ianya dapat diserap dengan lebih baik dan dapat memberikan kelembapan pada kulit dengan lebih berkesan.
  • Mengurangkan keletihan. Kandungan dan bau scrub juga penting supaya kita dapat ‘menyental’ badan dengan gembira.

Cara menggunakan scrub badan.

  • Bagi kulit normal, anda boleh menggunakan scrub badan 3x seminggu. Tetapi, untuk kulit sensitif, cukup lah scrub badan seminggu sekali sahaja.
  • Bilas dahulu badan anda sebelum menggunakan scrub.
  • Setelah siap ‘men-scrub’, bilas badan dengan menggunakan air mandi biasa (bukan air panas).
  • Jangan gosokkan tuala mandian dengan kasar setelah menggunakan scrub. Sebaiknya, tekapkan secara lembut ke atas kulit.
  • Selepas itu, boleh sapukan losyen atau pelembab pada kulit.

Jadi, tunggu apa lagi. Carilah scrub yang sesuai dengan kulit anda untuk hasil yang lebih baik.

Scrub badan tidak semestinya mahal kerana ada scrub yang berharga ‘mampu milik’ seperti Scrub Neem dan Scrub Bidara yang boleh digunakan tanpa was-was

Semua orang pasti mahukan kulit yang bersih dan licin. Jadi scrub badan tidak hanya untuk wanita. Golongan kaum Adam juga boleh scrub badan.

Semoga artikel kenapa perlu scrub badan ini bermanafaat untuk semua. Untuk maklumat lanjut tentang Scrub Neem dan Scrub Bidara, sila hubungi En Mohamed di 0134437225.

Baca juga tentang Scrub Neem (klik sini) dan Scrub Bidara (klik sini).

Sekian. Terima kasih dan jangan lupa scrub badan.

Rujukan: lavame.blogspot.com

 

8 thoughts on “Kenapa Perlu Scrub Badan”

  1. Sel kulit mati tidak terbuang sempurna jika hanya menggunakan sabun mandi biasa. Wah boleh juga tu scrubnya, jadi ingin mencoba biar badan saya lebih bersih dan putih.

Leave a Reply