Beauty & Health

Carrier Oil

Assalamualaikum.

Apa yang dimaksudkan dengan carrier oil? Ia adalah minyak yang berasal dari tumbuhan. Carrier oil biasanya digunakan untuk ‘mencairkan’ (dilute) essential oils. Oleh kerana sesetengah essential oils tidak begitu sesuai digunakan secara ‘direct’ kepada kulit, maka carrier oil digunakan untuk melarutkan (dilute) essential oils tersebut. Carrier oil juga digunakan dalam pembuatan losyen, sabun, lip balm dan berbagai jenis produk lagi.

Sebelum ‘berkenalan’ dengan essential oil, saya tak lah begitu kisah dengan carrier oil ni. Kalau tahu pun, cuma setakat minyak kelapa dara dan olive oils saja. Tapi sebenarnya ada banyak jenis carrier oil yang boleh digunakan, bergantung pada keperluan

  • Minyak Argan (Argan oil). Minyak ini berasal dari buah Morocan Argan Tree yang diproses menggunakan kaedah cold-press. Argan oil kaya dengan vitamin A dan sesuai untuk rawatan ‘anti ageing’, merawat bekas luka serta parut jerawat, mencegah pembentukan stretch mark dan sesuai untuk melembutkan kulit. selain daripada untuk kulit, minyak argan juga sesuai untuk merawat kerosakan rambut

 

  • Minyak Kelapa (Coconut oil). Minyak dari buah kelapa ini dianggap sebagai salah satu carrier oil terbaik. Ianya paling sesuai untuk dicampurkan dengan mana-mana essential oil. Minyak kelapa kaya dengan vitamin E dan dapat membantu melembabKn kulit. Selain dari itu, minyak kelapa mempunyai banyak lagi manafaat untuk kesihatan. Ianya bersifat antioksidan, anti bakteria serta membantu mengimbangkan kadar gula dalam darah, tekanan darah, kolestrol dan hormon.

 

  • Minyak Zaitun (Olive oil). Minyak zaitun adalah antara minyak yang popular. ianya diekstrak dari buah zaitun atau olea europea. Minyak zaitun juga mempunyai pelbagai manafaat untuk kesihatan, termasuk mengawal kadar kolestrol dan untuk kesihatan jantung. Selain daripada itu, minyak zaitun dapat digunakan pada hampir semua jenis kulit kerana mempunyai tekstur ringan dan tidak menyumbat pori-pori.

 

  • Minyak Jojoba (Jojoba oil). Minyak jojoba diekstrak dari biji pokok jejoba (Simmondsia Chinensis). Minyak jejoba sangat baik untuk kulit, rambut dan kuku. Tingkat penyerapan yang tinggi pada kulit, menjadikan minyak kejoba menjadi carrier oil tang tepat untuk semua jenis pelembab.

 

  • Minyak Biji Rosehip (Rosehip seed oil). Minyak ini diekstrak dari biji tumbuhan rosa moschata. Minyak ini kaya dengan vitamin E dan A. Campuran minyak ini digunakan untuk anti-penuaan, memudarkan bekas luka dan mencegah strech mark.

 

  • Sweet Almond Oil. Sweet almond oil juga adalah carrier oil yang popular.  Minyak ini kaya dengan bitamin E (antioksidan). Sweet almond oil dapat membantu mencegah kulit kering. Minyak ini juga dapat melindungi kulit dari kerosakan akibat sinar matahari dengan meningkatkan kadar antioksidan di kulit.

 

  • Apricot Kernel Oil. Minyak ini diextrak dari biji aprikot (prunus armeniaca).  Minyak ini kaya dengan vitamin C and E serta mempunyai tekstur lembut dan dapat menyerap pada kulit dengan cepat. Apricot kernel oil juga digunakan dalam produk-produk seperti massage oil, body butter serta lip balm.

 

Semoga artikel tentang jenis-jenis carrier oil ini dapat memberikan panduan kepada kita dalam memilih minyak yang sesuai.

Baca juga tentang essential oil. klik sini

Sekian. Wassalam.

Rujukan: (1) yourbeautyblog.com (2) www.atsirich.com

 

4 thoughts on “Carrier Oil”

  1. I may need your help. I’ve been doing research on gate io recently, and I’ve tried a lot of different things. Later, I read your article, and I think your way of writing has given me some innovative ideas, thank you very much.

Leave a Reply