Review Filem Hantu Kak Limah




Assalamualaikum.

Minggu lepas, sempat juga Akak dan family pergi tengok filem Hantu Kak Limah. Kami pergi ke GSC, Alamanda, Putrajaya. Punyalah susah nak dapat tiket. Penuh memanjang. Akhirnya dapatlah jugak. Tu pun dah nak tengah malam tayangannya.

Khabarnya filem Hantu Kak Limah dah berjaya memcecah kutipan RM20.5 juta. Wahhh…hebat tu.

Meh baca tentang review filem

Sinopis cerita:

Mengisahkan Husin yang pulang ke kampung setelah tidak lagi bekerja di Singapura. Dia bekerja dengan beberapa orang sahabat baiknya; Khuda, Wani dan Yeh Sekupang di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah baru saja berkahwin dengan sahabat Husin, Khuda.

Baru sahaja menikmati keindahan alam berumah tangga, Kak Limah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun. Ketika itu, Husin, Khuda dan Wani sedang masuk ke dalam hutan untuk menangkap burung.

Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Ketua Biro Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah memberi tugas kepada Nayan untuk menjaga jenazah Kak Limah. Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tebing sungai. Sementara Khuda sempat pulang ke rumah bertemu dengan Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani untuk dijamu dengan bubur keladi.

Di sini bermulanya msteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun sudah meninggal dunia. Akhirnya muncul guru silat yang bernama Solihin yang membantu mereka untuk berdepan dengan hantu Kak Limah. Namun usaha Ustaz Solihin menemui kegagalan.

Keesokkannya, jenazah Kak Limah dikebumikan. Walaupun urusan pengkebumian sudah selamat, penduduk kampung masih diganggu dengan hantu Kak Limah. Hal ini membuatkan Ustaz Solihin ingin menghapuskan roh Kak Limah yang masih berlegar-legar di Kampung Pisang. Mereka berlima berusaha untuk menangkap roh Kak Limah, namun sekali lagi usaha mereka menemui kegagalan.

Akibat dari kekecohan itu, ketua orang bunian dan rombongannya muncul ke alam dunia untuk membantu mereka.

Review:

  • Seperti cerita arahan Mamat Khalid yang lain, cerita ni juga best sangat. Dari awal sampai akhir tak larat nak gelak. Tak rugi tengok.
  • Watak Husin (Awie) dan kawan-kawannya terutamanya Nayan memang kelakar. Ustaz Solihin (Zul Arifin) yang wataknya ala-ala macho dan kononnya boleh membantu penduduk kampung, rupanya hampeh belaka. Jarang dapat tengok Zul Arifin bawa watak yang macam ni.
  • Walaupun menampilkan ‘hero tua’ dan kebanyakkan watak dipegang oleh ‘otai-otai yang masih berbisa’, keseluruhan cerita adalah best dan  siapa-siapa yang masih ingat dan minat dengan otai-otai tersebut boleh la tengok.
  • Lagu tema pun lagu ‘Srikandi Cintaku’. Nampak tak ada unsur-unsur nostalgia di situ. Selain dari lagu tema, ada satu lagu dari iklan ‘Joy’ yang dinyanyikan oleh Nayan (Ropie Cecupak). Siapa yang membesar pada tahun 80an, mungkin masih ingat dengan lagu tu. Selain dari lagu ‘Srikandi Cintaku’, lagu Hati Ku Luka Lagi (penyanyi asal: Black Dog Bone) yang dinyanyikan secara sepontan oleh kawan-kawan Husin juga disampaikan dengan begitu kreatif dan lawak.
  • Cerita ini sesuai juga kalau nak bawak anak-anak tengok, sebab walau pun cerita hantu, tapi tak seram.

Itu saja coretan Akak tentang review filem Hantu Kak Limah.

credit: gambar- google, sinopsis cerita- wikipedia.org

 

26 thought on “Review Filem Hantu Kak Limah”

  1. Anonymous says:

    hehe tq for the review🤗nnt blhla nk g tgk.

    1. Fidah Shah says:

      Tengok…rugi kalau tak tengok. Lebih lawak dari cerita mujibur mari… : D

  2. Ternyata disana tidak jauh beda dengan di tempat saya. Film hantu masih mendapat ruang dihati sang penonton.

    1. Fidah Shah says:

      Lebih lagi kalau filem hantunya ada unsur komedi. Ramai yang suka.

  3. Ternyata disana tidak jauh beda dengan di tempat saya. Film hantu masih mendapat ruang dihati sang penonton.
    Hebat juga sudah tembus RM 20.5 Juta, kalau dirupihakan dikalikan berapa ya?

    1. Fidah Shah says:

      Kalau di tukarkan kepada rupiah…pasti bukan jutaan lagi. Di kira-kira, dalam IDR 73 billion. Lumayan kan..

  4. nohas says:

    kena tengok ni, kampung teman…kak limah jadi mcm hantu nang nak ke?..hihihi..

    1. Fidah Shah says:

      Campur tolak effek make up..mungkin nang nak comei siket. Tapi Kak Limah pandai masak bubur keladi… 😀

  5. Makin kaya Mamat Khalid. Pakcik kayooo.

    1. fidahshah says:

      Ya…pak cik kaya…

  6. mrhanafi says:

    saya belum tengok lagi..

    asyik sibuk memanjang je..

    p/s: baru perasaan domain upgade dan join pulak wordpress club hahahahah

    1. Fidah Shah says:

      Baru aje upgrade domain and join wordpress club 🙂

      1. mrhanafi says:

        tahniah puan…

        moga menulis blog hingga ke akhir hayat..

        cuma main wordpress ini melibatkan kos yang sikit..

        blogspot free jer until jannah hahahaha

  7. siti says:

    cerita lawak sungguh

    1. Fidah Shah says:

      Best cerita ni..

  8. SALMAH says:

    x sabar nak tengok kat astro first

    1. fidahshah says:

      Kita tunggu…

  9. Cikna says:

    kalau ade masa&ongkosnye blh gak g panggung ni… xkering gusi kot

  10. Khir Khalid says:

    Menarik ni.. tahun ni agak jarang menonton movie, tp tertarik juga nak menonton filem hantu kak limah ni.

  11. intan says:

    Untung 30juta + kot..terbaik Dalam sejarah

  12. Lynn says:

    per per
    sebut 2x kalau ada masalah tau!!!
    hehehe,gelak memanjang
    lebih-lebih lagi tok guru boleh renew road tax!!

  13. hero tua yg masih berbisa..
    tgk kat carta gsc movie, no 1 selalu

  14. Zumal says:

    Wah, review pun dah best. Tak sabar nak tengok…

  15. anies says:

    kalau x silap smlm sy tgk kt ig katanya kutipan dah smpi RM30 juta…means hampir 3 juta org dah tgk HKL

  16. Padin says:

    nampak gaya kena tunggu tayangan di TV je lah hehee

Leave a Reply

Related Post