Cerita

Pak Cik dan Kambing Biri-Biri

Pasa satu hari, seorang pemuda pergi ke sebuah kampung untuk membuat kajian tentang ternakan kambing biri-biri. Dia berjumpa dengan seorang Pak Cik, yang juga merupakan seorang penternak kambing biri-biri yang berjaya di kampung itu.

Pemuda     : Bagusnya ternakan kambing biri-biri Pak Cik. Boleh saya tanya beberapa soalan?

Pak Cik     : Boleh saja

Pemuda    : Berapa jauh biri-biri ini berjalan setiap hari?

Pak Cik     : Yang mana? Yang Putih atau yang Hitam?

Pemuda     : Yang Putih

Pak Cik      : Kalau yang Putih berjalan lebih kurang 6 kilometer sehari.

Pemuda     : Yang Hitam?

Pak Cik      : Yang Hitam pun sama.

Pemuda     : Berapa banyak pulak rumput yang biri-biri ni makan setiap hari?

Pak Cik     : Yang mana? Yang Putih atau yang Hitam?

Pemuda    : Yang Putih

Pak Cik    : Yang Putih makan dalam 4 kilogram rumput sehari

Pemuda   : Yang Hitam?

Pak Cik    : Yang Hitam pun sama

Pemuda   : Berapa banyakkah bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pak Cik   : Yang mana? Yang Putih atau yang Hitam?

Pemuda   : Yang Putih

Pak Cik    : Oooo…Yang Putih menghasilkan lebih kurang 6 kilogram bulu setahun

Pemuda   : Yang Hitam?

Pak Cik    : Yang Hitam pun sama

Pemuda   : Kenapa Pak Cik membezakan biri-biri Pak Cik yang Putih dan yang Hitam? Padahal semua jawapan sama saja….

Pak Cik   : Mestilah..sebab biri-biri yang putih Pak Cik yang punya

Pemuda  : Ooooo…Begitu rupanya…Habis, biri-biri Hitam tu, siapa yang punya?

Pak Cik   : Yang Hitam pun sama……

Hahaha….Sama juga rupanya

 

Mungkin ada yang pernah baca cerita di atas. Saya saja nak share..buat relax minda siket :D.
Tapi memang sudah menjadi lumrah dunia…manusia memang suka membeza-bezakan……….

Sumber : FB
Gambar : Google

 

25 thoughts on “Pak Cik dan Kambing Biri-Biri”

  1. belom pernah baca ni Kak
    haha.. kisah pak cik dan kambing biri-birinya inih dpt ditarik satu pelajaran Kak..
    biri-biri hitam ataupun biri-biri yang berbulu putih sama-sama KAMBING.. bukan TAHU ya kak.. hiihi

  2. Saya lebih suka kambing yg putih tu dari yg hitam tapi yg hitam tu lagi ok juga klu dibandingkan dgn yg putih tu huhu.. Semoga dipermudahkan segalanya ye.. 🙂

    1. Sungguh kasihan
      Yang putih dan hitam selalu dibezakan
      Walau tak tahu apakah kesalahan
      Mungkin sudah nasib badan…

      Thanks Mba Ayu 🙂

  3. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up!

Leave a Reply