Mulakan Hari Dengan Senyuman Dan Sarapan




Makanan warna hijau baik untuk kesihatan…😅

Assalamualaikum

Orang kata, mulakan hari dengan senyuman. Tapi kalau Akak, tak boleh nak mulakan hari dengan senyuman aje. Kena ada sarapan jugak. Sebab kalau mulakan hari dengan senyuman, pukul 10 pagi Akak dah lapar. Kalau Akak lapar, Akak jadi stress. Jangan harap nak senyum masa tu…haha.  Jadi, kenalah mulakan hari senyuman dan sarapan.

 

Minum susu untuk kesihatan.

Al kisahnya hari tu ada orang jual roti dan susu anlene di stesyen LRT. Mula-mula pelik jugak. Kenapa ramai orang beratur. Rupanya roti dan air susu tu dijual dengan harga RM1. Sebab masa tu masih awal, Akak pun join sekaki ler nak beli. Sedap jugak roti tu. Lagi pun, minum susu baik untuk tulang dan gigi…tak gitu?

Bilakah masa terbaik untuk sarapan?

Nama pun sarapan. Tak kan pukul 7 malam pulak…hihi. Ada kajian yang menyatakan bahawa waktu terbaik untuk bersarapan adalah diantara pukul 7 hingga 9 pagi.

Kenapa sarapan penting?

  • Saparan dapat membekalkan tenaga. Kalau lapar mesti rasa tak bersemangat. Maklumlah, tak cukup tenaga. Lemah aje pergerakan. Perut pulak berkeroncong tak berhenti. Mana tak nya, dari pukul 8 malam semalam tak makan. Buat kerja pun belum tentu boleh fokus. Jadi, silalah bersarapan untuk kekal bertenaga dari pagi.
  • Sarapan dapat membantu merangsangkan otak. Ada pendapat yang mengatakan, ‘otak’ memerlukan sarapan untuk mencerdaskan minda. Bagi sesetengah orang, kalau lapar tak boleh berfikir dengan baik. Lemau aje. Ada pulak jenis orang, contohnya penggemar kopi, tak boleh nak mulakan hari kalau tak ada kopi. Itu terserlahlah pada empunya badan masing-masing. Yang penting, isilah perut anda atau bersarapanlah untuk minda yang lebih cerdas.
  • Sarapan dapat mengelakkan kita dari makan secara berlebihan. Kalau kita berada dalam keadaan tersangat lapar, mesti nak makan banyak-banyak time lunch. Maklumlah, nak cover balik kekosongan di perut yang tidak dapat diisi pada waktu pagi. Kalau boleh semua benda nak ditelan. Nampak nasi sedap, tengok ayam goreng terliur. Time lapar semua benda nampak sedap. Semua pun nampak menyelerakan. Jadi, untuk mengawal pengambilan makanan yang berlebihan waktu makan tengah hari, silalah bersarapan.

Itu lah serba sedikit tentang kepentingan bersarapan. Jom…tunggu apa lagi. Mulakan hari dengan sarapan.

Adik kakak, abang, pak cik dan mak cik sarapan apa hari ni?

Sekian. Wassalam.

 

 

19 thought on “Mulakan Hari Dengan Senyuman Dan Sarapan”

  1. Anonymous says:

    betul betul..sarapan tu penting..permulaan mood utk sepanjang hari ..dah kenyang baru muka ada senyummmm..

    1. Fidah Shah says:

      gendang gendut tali kecapi, kenyang perut baru lah suka hati

  2. Tah says:

    Ramai skip sarapan walaupun srapan ni penting. Kita kena amik juga apa2 utk alas perut. Saya selalu amik soy dr esp shaklee. Mudah dan cepat kenyang. Jom visit blog kami http://www.ketamkecil.com/suntikan-insulin-kencing-manis-bukan-tanda-gagal-kawal-gula/

    1. Fidah Shah says:

      bagi saya, sarapan penting untuk mulakan hari dengan ceria 🙂

  3. nohas says:

    breakfast like a king…sarapan penting utk fokus buat kerja…
    sarapan sandwich telur, ofismate bersedekah di pagi Jumaat….Alhamdulillah..

    1. Fidah Shah says:

      Alhamdulillah. Moga murah rezeki selalu.

  4. Zumal says:

    Zumal kalau tak sarapan memang rasa tak selesa. Kalau sekadar minum kopi pun jadi la…

    1. Fidah Shah says:

      Betul tu. Tapi kalau dapat biskut cicah kopi lagi best

  5. Nomhary says:

    Sarapan apa ek pagi tadi ?????🤔
    Kat kedai mamak depan ni ada jual nasi lemak mcm tu… sedap sambal dia, ikan bilis walaupun cuma seekor dua tp masin masin dia tu jadi penyeimbang rasa …

    Nak makan nasi lemaklah esok hihi…

    1. Fidah Shah says:

      Lain kali makan le sambal kerang. Hihi…Sarapan apa hari ni Mak?

  6. Bang Ancis says:

    Hahaha saya setuju… awali hari dengan senyuman memang bagus tapi lebih bagus lagi sarapan dulu….

    1. Fidah Shah says:

      Kalau senyum saja, tidak boleh buat kita kenyang..:)

  7. kopi termasuk bagian dari sarapan bukan ya?

    eh lama taksua dengan kak fidah, rupanya sudah migrasi ke wordpress

    1. Fidah Shah says:

      Ya, bagi setengah orang minum kopi saja sudah cukup.
      Baru di tukar ke wordpress 2 minggu lepas. Mohon doanya, biar lebih suksess dengan template baru.

  8. padinno says:

    hehe betul juga kan kalau senyum je manjang.. xboleh nak kenyang juga..

    1. Fidah Shah says:

      Betul..Kalau senyum aje, tapi perut keroncong, tak jadi juga. haha..

  9. anies says:

    sy mmg x skip sarapan… mkn pun yg heavy n kenyang smpi ke tengah hari… tp tgh2 tu mengantuk jg laa hahaha

  10. Lynn says:

    wah sedapnya

  11. Adilah Manaf says:

    Susah nk miss breakfast sbb rasa tak lengkap hari 🙂

Leave a Reply

Related Post