Di Bawah Lindungan Kaabah




Assalamualaikum

Sabtu lepas Akak ke Alamanda sebab nak tengok cerita Hantu Kak Limah. Sambil jalan-jalan tu, lalu pulak kat kedai buku MPH. Sebab memang teringin pulak nak baca. Maka Akak pun beli la satu.

Tak tahu la kenapa lately ni suka pulak baca buku-buku karya Buya Hamka. Faktor usia kot..haha.

Sebab tajuk pun sesuai dengan suasana nak menyambut Hari Raya Aidil Adha, Akak tuliskan reviewnya di sini.

Sinopsis cerita:

Berlatar belakangkan tahun 1927, Di Bawah Lindungan Kaabah adalah sebuah kisah cinta berlainan darjat antara Hamid, seorang pemuda miskin dan Zainab, anak tunggal seorang hartawan.

Hamid, seorang anak yatim, tinggal bersama ibunnya. Keluarga Hamid banyak terhutang budi pada keluarga Zainab yang selalu menolong. Hamid berkawan rapat dengan Zainab semenjak kecil dan setelah dewasa, persahabatan yang rapat itu telah membawa kepada bibit-bibit percintaan. Namun begitu, kedua-duanya tidak pernah meluahkan perasaan hati masing-masing.

Kisah sedih bermula ketika ayah Zainab meninggal dunia disusuli pula dengan kematian ibu Hamid. Ibu Zainab bercadang untuk mengahwinkan Zainab dengan saudara belah ayahnya dan meminta Hamid memujuk Zainab bersetuju dengan perkahwinan itu. Tugas memujuk Zainab telah digalas oleh Hamid dengan hati yang sangat berat.

Kerana kecewa, Hamid kemudiannya pergi merantau membawa hati dan akhirnya tiba di kota suci Mekah.

Dua tahun kemudian, melalui seorang sabahat, Hamid mendapat tahu bahawa Zainab juga ada menyimpan perasaan terhadapnya. Tapi siapalah yang dapat melawan takdir Allah.

Kisah cinta yang tidak terucap dan masing-masing hanya menyimpan cinta dalam hati, sehingga akhirnya pada saat mereka tahu itu cinta, mereka sudah terlewat.

Begitulah ceritanya.

Apa pun, karya Buya Hamka sememangnya hebat. Bukunya pun nipis aje (87 muka surat), jadi cepat aje nak habiskan. Bagaikan berada di zaman tahun 20an. Cuba-cuba juga nak bayangkan, bagaimana kehidupan datuk nenek kita di zaman tu. Juga keadaan kota suci Mekah di tahun 20an.

Ok. Itu saja review Akak untuk buku ni. Best!

Akhir kata, Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Moga segala ibadah kita diterima. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

 

 

8 thought on “Di Bawah Lindungan Kaabah”

  1. Anisayu says:

    Berlindung di bawah Ka’bah
    Isi ceritanya haru dan indah
    Membawa rasa ke searah

  2. anies says:

    antara novel yg masih evergreen

  3. Lynn says:

    best jugak ya novel ni,
    hantu kak limah pun dah viral
    sejarah dlm filem melayu pertama
    kutipan tertiggi

  4. nohas says:

    belum pernah baca novel ni….kdg2 vocab Indonesia ni susah gak nak faham..

  5. intan says:

    hopefully dpt cari this book soon

  6. Khir Khalid says:

    Buku yg bagus sbg halwa minda dlm usia2 mcm ni.. saya pun suka baca peringatan dan perkongsian ilmiah spt ni. Mudah2an ada berkatnya, in shaa Allah.

  7. mrhanafi says:

    itulah kelemahan zaman dulu..

    zaman sekarang call je atau wasap je untuk menyatakan perasaan tersebut..

    tetapi tak best juga sekiranya meluahkan perasaan tanpa bertentang mata..

  8. anies says:

    sentuhan buya hamka mmg tiada tandingan

Leave a Reply

Related Post