Dengan Lafaz Bismillah




Assalamualaikum

Dengan lafaz Bismillah, hari ini Akak nak mulakan aktiviti blogging di ‘rumah baru’.
Alhamdulillah…whitebarleyblogspot.com dah bertukar menjadi whitebarley.com.

Untuk proses pemindahan domain dan import artikel blog, saya menggunakan khidmat netkl.

Part yang lama adalah nak belajar menggunakan template ‘wordpress’ sebab tak biasa guna.

Selain dari itu, kenalah juga belajar macam mana nak install / pasang widgets2 yang lain. Gigih jugak mencari info.

Nasib baik ada Pak Cik Google dan Kak Ngah You Tube yang berbesar hati bagi tips dan tutorial.

Orang kata, domain baru semangat pun baru. Moga Akak terus bersemangat nak berblogging…Aamiin.

Untuk kawan-kawan, terima kasih kerana support blog Akak selama ini. Semoga ukhwah dan silaturrahim berkekalan. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

 

Photo: credit @allwomenstalk

 

5 thought on “Dengan Lafaz Bismillah”

  1. Khir Khalid says:

    Alhamdulillah.. tahniah. Semoga semangat baru memberi perangsang utk terus menulis berkongsi kebaikan.. aamiin.

    1. Fidah Shah says:

      Moga terus bersemangat…aamiin.
      Thanks…💪

  2. anies says:

    tahniah… pasni kenalah rajin update kannn wink winkkk

  3. Lynn says:

    wah tahniah

  4. nohas says:

    tahniah…cantik & kemas..

Leave a Reply

Related Post