Cerita Family

Demi Kamu

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Iklan dari google adsense juga sudah muncul  di blog 2 hari yang lalu setelah lebih kurang 3 minggu menunggu.

Nak dijadikan cerita, hari ini ketika menghantar Afiq ke sekolah…..

“Ma..Hari ni kena pakai baju sukan. Afiq lupa nak bagi tau” Afiq yang ketika itu lengkap dengan pakaian seragam sekolah tiba-tiba memberi tahu.

“Alamak…” Sudah lah hari ini lambat siket keluar rumah. Untuk berpatah balik ke rumah dan melalui jalan yang sesak (time ramai orang nak pergi kerja) adalah sesuatu yang amat mencabar sebenarnya.

Nota: Rutin harian – saya menghantar Afiq ke sekolah dan kemudian park kereta di stesen komuter.

“Aiseh…confirm terlepas tren nih. Pukul berapa pulak la nak sampai office” bisik saya dalam hati. Saya cuba memujuk Afiq.

“Hari ni sebenarnya kena pakai pakaian sukan sebab kami nak buat sambutan jari kemerdekaan. Dah bagi tahu semalam. Mungkin Afiq lupa”. Kata Ustazah bertugas. Saya meminta kebenaran Ustazah yang bertugas supaya membenarkan Afiq memakai pakai seragam sekolah sahaja instead of pakai pakaian sukan. Ustazah bertugas bersetuju.

“Tapi Afiq nak pakai baju sukan”. Afiq seakan merayu dan dari riak wajahnya seperti memohon belas kasihan supaya saya balik semula ke rumah dan mengambil pakaian sukan.

Saya terdiam. Tapi sempat juga saya menyuruh Afiq masuk ke dalam kelas dulu.

Ketika itu saya hanya ada 2 pilihan.

1. Balik ke rumah dengan melalui jalan yang sesak untuk mengambil pakaian sukan. Saya juga akan terlepas tren dan berkemungkinan tiba lewat ke tempat kerja.

2. Biarkan saja Afiq dengan pakaian seragam sekolahnya. Lagi pun Ustazah bertugas sudah memberi kebenaran. Saya juga in shaa Allah tidak akan ketinggalan tren. Ini juga boleh memberi pengajaran kepada Afiq supaya lebih peka pada arahan yang diberikan di masa depan nanti.

Tapi kesian la pulak pada Afiq. Hati bertekat. Saya nak balik jugak rumah ambil baju Afiq. Tak kiralah pukul berapa saya akan dapat naik tren untuk ke tempat kerja. Apa nak jadi….jadilah!

Dan akhirnya saya balik semula ke rumah. Sepantas yang boleh saya mengambil baju dan kembali ke sekolah Afiq.

Di dalam kelas, saya melihat Afiq duduk seorang diri. Mungkin juga mengasingkan diri dari kawan-kawannya kerana mereka semua berpakaian sukan. Allahu…kasihannya anak saya.

Saya meminta kebenaran Ustazah untuk berjumpa Afiq. Afiq datang kepada saya.

“Mama dah ambik baju Afiq. Nanti tukar baju. Pakai pakaian sukan ni”.

Saya tak boleh lupa reaksi Afiq masa itu. Dia terus menangis, memeluk dan mencium saya. Mungkin terharu. Entah kenapa ya…Mamanya juga rasa sebak. Berenang juga air mata.

Mungkin Ustazah yang melihat akan berkata..”Drama sungguh keluarga ini”….hahaha

Tapi saya peduli apa.

Cuma bayangkan, kalaulah saya tidak berpatah balik memgambil baju anak saya tadi pasti dia akan bersedih. Pasti seharian emosinya terganggu. Mungkin juga dia akan ingat peristiwa tentang ibunya yang tidak bertimbang rasa sampai bila-bila….:(

Untuk saya pulak, sekurang-kurangnya saya dapat membuat dia gembira hari ini.

Ketika saya  menulis artikel ini, saya masih berada dalam tren. Harap tidak terlewat. In shaa Allah. Apa pun saya pasti, kalau kita mudahkan urusan orang lain,  Allah akan memudahkan segala urusan saya juga….aamiin.

Sekian. Wassalam.

 

 

 

 

19 thoughts on “Demi Kamu”

  1. Selamat ya atas iklan google adsensenya. Semoga semakin berkah dan dolarnya tiap bulan cair terus. dan pastinya semakin semangat untuk menulis.
    Drama sungguh kelurga ini, jika saya melihatnya secara langsung, pastinya ikut terharu juga.

  2. kalau ada cerita pasal anak saya cukup terkesan..

    sebab anak adalah segala-galanya semasa kita hidup dan selepas kita mati..

    jika mereka lupakan kita setelah kita mati..( tidak sedekah al fatihah dan doa) benar-benar kerugian kerana tidak memberi kasih dan pengorban untuk mereka semasa kita masih bernyawa

  3. terharu sang anak….seorang ibu sanggup berkorban utk kebahagiaan anak..

    budak2 mmg selalu lupa, mcm anak saudara akk, cikgu bagi nota untuk sambutan hari kemerdekaan sebelum cuti sekolah..kena pakai baju sukan, balik awal pukul 12.45…Alhamdulilah jumpa nota tu sebelum buka sekolah…huhu..

    1. Itu lah…sabo aje. Memang tak boleh terlepas pandang surat2 atau nota2 dari sekolah. Kena alert jugak dengan info2 dari wa group atau telegram…

Leave a Reply