Beauty & Health Cerita

Nasib Bendi Tua

Assalamualaikum.

Hari ni Akak makan tengah hari dengan kawan di cafe tempat bekerja. Bila dah habis makan, tengok sayur bendi di pinggan kawan Akak masih tak berusik.

Akak : Apasal kau tak makan bendi tu?

Kawan: Tak nak lah. Bendi ni dah tua. Tak sedap. Liat. Kalau kau nak rasa, ambik lah.

Akak : Tak nak. Aku dah kenyang makan salad dan carrot….(rasa nak tulis besar-besar…Akak makan salad okayyy)

Kenapalah ada peniaga yang menjual sayur yang sudah tua atau terlalu masak. Kesian kat orang yang membeli. Liat kot nak makan. Kesian juga kat sayur bendi tu kerana akhirnya terpaksa dibuang.

Untuk panduan di masa hadapan, kalau tak sanggup nak makan bendi tua dan akhirnya kena buang, jangan beli langsung bendi tua. Pilih lah bendi yang muda.

Jom kita tengok tips memilih bendi muda.

  • Pilih bendi yang saiznya comel-comel dan masih segar/elok. Elakkan dari memilih bendi yang sudah kecut.
  • Warna bendi tua agak gelap dengan jalur-jalurnya jelas kelihatan. Maka, pilihlah bendi yang warna hijaunya tidak terlalu tua.
  • Cuba patahkan hujung bendi dengan jari anda. Jika liat semacam, tandanya bendi tersebut sudah tua (pastikan aksi korang tidak dilihat oleh taukeh kedai atau kedai tersebut tak ada cctv).

Apa pun sebenarnya bendi adalah sayur yang sangat berkhasiat.

Kacang bendi mengandungi sumber folat dan serat. Kacang bendi juga mengandungi vitamin c, b6, tiamin, magnesium dan kalium. Kacang bendi adalah antara sayuran yang rendah lemak dan kalori.

Khasiat kacang bendi:

  • Mencuci hati
  • Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Membantu melicinkan bahagian dalam usis besar.
  • Membantu mengekalkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit.

Ada juga orang kata, dengan minum air rendaman bendi (caranya dengan rendam bendi dengan air semalaman) dapat mengurangkan sakit sendi dan juga tahap kolestrol…Akak tak pernah try, tapi kalau nak cuba, apa salahnya.

Sekian. Wasaalam.

Rujukan:

mobile.malay.china.com, liezazainal.blogspot.com

 

 

 

 

10 thoughts on “Nasib Bendi Tua”

  1. Saya mmg penggemar bendi especially klu makan dgn gulai asam pedas.. tak kiralah ikan apa pun. Tapi klu yg tua, seksa jugak nak makan. Gigit tak putus tp pecah, ada terselit celah gigi pulak tu lagi haha.

Leave a Reply