Assalamualaikum
Pada suatu hari, ketika Imam Muhammad Abduh berkunjung ke suatu tempat, penduduk di situ bertanya kepada beliau tentang perbezaan ayam dan babi.
Dengan kepandaian yang dimiliki oleh Imam Muhammad Abduh, beliau meminta penduduk di tempat itu mencari dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina.
“Untuk apa?” penduduk di tempat itu bertanya.
“Penuhi permintaan saya. Saya akan perlihatkan satu rahsia yang kalian inginkan” jawab beliau.
Imam Muhammad Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling menyerang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga dirinya masing-masing sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati.

Kemudian, beliau menyuruh mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Kali ini mereka menyaksikan sesuatu yang berbeza. Dua babi jantan itu tidak saling berkelahi, tapi bekerjasama, malah, saling bantu membantu untuk melaksanakan hajat seksual masing-masing tanpa ada rasa cemburu.
Iman Muhammad Abduh lalu mengatakan “Tuan-tuan saksikanlah binatang yang bernama babi ini. Daging babi membunuh rasa ‘cemburu’ orang yang memakannya. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya ‘bersama’ lelaki lain dan membiarkannya tanpa rasa cemburu dan seorang ayah di antara kalian melihat anak perempuannya ‘bersama’ lelaki lain tanpa rasa cemburu dan was-was kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada si pemakan”. Kerana itulah Islam melarang umatnya memakan daging babi.
Di suatu tempat yang lain (ini bukan cerita Imam Muhammad Abduh), dua orang lelaki dan seorang perempuan dihantar ke satu tempat. Berbeza dengan cerita di atas, kedua-dua orang lelaki tersebut tidak saling bergaduh atau berkerjasama untuk mendapatkan perempuan yang seorang itu. Malah, mereka tidak berminat langsung dengan makhluk yang bernama perempuan. Apa yang berlaku adalah, lelaki tersebut memilih lelaki yang seorang lagi untuk dijadikan pasangan dan mereka hanyut dalam dunia ciptaan sendiri.
Cerita yang ke 3 bukanlah menyuruh kita membezakan pemakan daging babi dengan daging manusia. Tapi hanya untuk menegaskan bahawa, babi jantan pun pandai cari babi betina. Manusia pula bagaimana?…walaupun berlaku hanya pada segelintir golongan :'(
“Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki daripada kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan perempuan yang diciptakan Tuhan untuk menjadi isteri-isteri kamu? Kamu memang orang yang melampaui batas”. Mereka menjawab “Wahai Lut! Jika engkau tidak berhenti, engkau termasuk orang-orang yang terusir”. Dia (Lut) berkata “Aku sesungguhnya benci pada perbuatan mu”. (Lut berdoa) “Ya Tuhan ku, selamatkanlah aku dan keluarga ku daripada (akibat) perbuatan yang mereka lakukan”. Lalu kami selamatkan dia dan keluarganya – Al Syu’ara : 165 – 170
Baca juga tentang lelaki lembut, pondan, gay dan metroseksual. Kilk SINI.
Sekian. Wassalam
Gambar : Google, edited
Rujukan: virtualfriends.net
Mendalam tu
Petuah yang sangat bermanfaat sekali. Suatu gambaran sifat manusia yang melampui batas.
baru perasan dah tukar ke dot.com…tahniah..
isu hangat sekarang ni…jgn kita sisihkan tapi bantulah mereka utk kembali ke pangkal jalan..
…mereka boleh berubah..
kalau ada yang tak faham atau buat2 tak fhm dgn cerita ni… hmmm
deep! tapi masih ada yg ignorant dan buat2 tak tahu..semoga kita semua dipeliharaNya dan lindunganNya
Nasehat yang dalam
Tapi saya paham
Walau tidak pernah tahu rasa daging babi
Pasti lebih lezat daging ayam dinikmati
Sebab ayam halal dimakan dan bergizi
🙂
menarik kisah babi,ayam dan manusia…
sungguh rugi lelaki tidak suka perempuan ( rujuk maksud baik) kerana apa yang ada pada perempuan iitu adalah sumber ketenangan,kenikmatan dan kesronokan yang tiada tolok bandingnya..
saya pencinta wanita hahahahaha
Elok la tu..haha