Cerita

Alahai Nurrani

Assalamualaikum

Kat you tube dan instagram, sibuk cerita pasal seorang remaja perempuan bernama Nurrani yang mengaku sebagai isteri sah kepada Iqbaal.
Nota : Iqbaal atau nama sebenarnya Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan adalah seorang artis dari Indonesia.

Gaya Nurrani menyanyi memang kelakar dan kadang kala menyakitkan hati pun ada….
Kalau korang tengok mesti nak kata “ada juga orang macam ni dalam dunia”.

Tapi, apa lah yang nak dihairankan, sebab orang akan buat apa saja untuk mempertahankan cinta.

Kat sini Akak tak nak mencaci cerca Nurrani. Sebab kalau tengok di ig nya memang dia dah kaw2 kena kutuk.

Akak cuma nak highlight tentang apa yang kita boleh belajar dari kisah ‘percintaan’ Nurrani dan Iqbal ni. Antaranya;

  • Confidence level tahap dewa. Ni memang tak boleh lawan. Nurrani dengan penuh yakin menyatakan rasa cintanya pada Iqbaal kepada dunia. Korang mampu? Dia apa kisah dengan orang sekeliling atau orang-orang dia rasa menjadi pesaing. Untuk hidup, memang bagus kalau ada confidence level yang tinggi, tapi, gunalah di jalan yang betul.
  • Berani. Agak-agak ada berapa ramai orang yang berani berterus terang malahirkan rasa cinta sampai begitu sekali? Berani kerana benar dan asalkan tak menyushkan orang. Betul tak? Kalau susahkan orang pun, mungkin setakat sakit mata, sakit telinga dan sakit hati bila tengok gaya dia menyanyi. Anggap saja ianya sebagai suatu hiburan. Tapi, kalau korang menyampah sangat, jangan ler tengok.
  • Consistent. Walau dia kena kutuk dari hujung rambut sampai hujung kaki sekali pun, pendiriannya tetap teguh dan tidak ada siapa yang boleh mengubahnya. Hatinya tetap bulat dan tekat pada si Iqbaal. Gayanya juga tetap bersahaja…Ada dia kesah?
  • Malu. Cuma part ni kita perlu ambil pengajaran. Confident dan berani memang harus ada dalam hidup. Tapi perasaan malu itu juga penting. Atau sekurang-kurangnya, kita tahu, masa bila kita perlu rasa malu!
  • Keratif. Tak tau lah dia memang kreatif atau kerana cinta manusia sanggup berbuat apa saja. Yang penting dia dapat menyatakan perasaan hatinya dan secara tidak langsung, menjadi amaran kepada orang sekeliling “dia milik ku” atau “jangan ganggu pacar ku”. Kalau tengok gambar-gambar superimpose Nurrani dan Iqbaal ni, memang tak larat nak gelak. Betul kreatif. Win sangat. Tak caya, tengok la.
  • Banyak follower. Biasanya perkara-perkara ganjil atau jarang-jarang berlaku akan menarik minat orang. Bila orang tengok, stalk atau jadi follower ig, fb atau apa saja media sosial, tak semestinya sebab minat. Boleh jadi orang cuma nak tau perkembangan semasa…”Apa lagilah percubaan dia hari ini”. Hahaha… 😄😄😄. Tapi Nurrani peduli apa. Setiap video nya ada jutaan view. Lepas ni, mungkin banyaklah iklan atau orang nak tumpang promosi produk kat ig dia. Nurrani pun dah muncul di TV. Kau addo????
  • Marketing strategy apakah?.  Bila dah ada ramai follower, senanglah nak market produk. Mungkin dah jadi rezeki dia. Moga selepas ini, semakin bertambahlah rezeki Nurrani. Dan lagi satu, sejujur-jujurnya, saya memang tidak pernah kenal artis Indonesia yang bernama Iqbaal ini. Tapi, kerana Nurrani, tak pasal-pasal Iqbal dapat promosi free! Lumayan kannnnn
Semoga kita boleh mengambil pengajaran dari kisah percintaan Nurrani ini. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk, jadikan sempadan. Apa pun, semoga Nurrani selalu bahagia. Aamiin.
Sekian. Wassalam.

#bukanmakciktiktok
#hanyapendapat
#tolongjangankecam

Kredit: ig & video nurrani

15 thoughts on “Alahai Nurrani”

  1. Kalau tak baca entri ni, mmglah tak akan tau pasal viral ni FS…. hihi….Mau taknya, hensem budak Iqbal tu.
    Betullah confidence level dia mmg superb betul…..
    Tak pasal pasal dah glemer ye si Nurani ni

Leave a Reply