Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum.
Raya ibarat tak lengkap kalau tak balik ke Johor 🙂
Alhamdulillah, Akak berkesempatan balik juga akhirnya.
Balik kali ni bukan setakat balik beraya, tapi dapat jalan-jalan test makan lagi.

Mission pertama nak makan kacang pool.
Dapatlah merasa masa breakfast. Tempatnya di Gerai Kacang Pool Haji (di Anjung Selera Larkin Bomba)
Memang sedap. Harganya RM6 (kacang pool + telur mata + roti)

Mission kedua nak makan mee rebus Hj Wahid. Lama dah tak makan mee rebus ni. Nasib baik adik bungsu saya rajin nak bawak jalan pergi ke Plaza Angsana. Alhamdulillah, dapatlah makan.
Harganya RM5 sepinggan.

Mission ke tiga nak makan Murtabak Cheese. Adik saya recommend Murtabak Cheese Kampung Melayu, tapi dia tak sempat nak bawak sebab ada urusan. Nasib baik Mr Hubby rajin nak melayan.
Guna waze aje, in shaa Allah senang nak cari gerai ni.
Murtabak ni sedap. Harganya RM15 sekeping. Memang puas hati makan.

Kebetulan pergi cari murtabak pun dah lewat petang (tunggu mee rebus hadam dulu katanya…), jadi dapatlah melihat suasana Maghrib di Masjid Kampung Melayu.

Ni view Singapore…dari Stulang.
Hasil dari camera hp cap ahyam aje.
Tengah ambik gambar, ada petir pulak.
…nasib baik tak apa2.

Ok. Itu saja nak update.
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati 😀

Sekian. Wassalam.

Related Posts

9 thoughts on “Jalan-Jalan Cari Makan

  1. Mee rebus Hj. Wahid pun ada di Seremban 2 tapi LZ tak pasti sama ada dari tokey yang sama atau sebaliknya. Cantik gambar Singapore dengan petir memancar..

  2. Adoilah FS….. kena terliur sangat nih! Tetiba terus teringin tau. Sedapnya. Jarang sangat ke JB. Kalau balik Johor selaunya takat Muo jerlah …. Batu Pahat pun pyah nak sampai. Biasalah …mak tak boleh tingga lama lama

  3. semua tu are makanan feveret and wajib makan aida kalu ke JB.
    anak2 pun dah tau dah. diorang pun dah sgt familiar dgn semua makanan tu.
    murtabak cheese tu sedap kalau dimakan panas aje.
    da sejuk, kurang!!!

Leave a Reply