Cerita

Kuih Kuba Guling

Assalamualaikum

Baru-baru ni heboh tentang kuih yang bernama ‘kuba guling’ atau kerbau guling. Orang kata, kuih ni berasal dari Thailand.
Tak tau la kenapa namanya kuba atau kerbau guling. Mungkin kerana warnanya  hitam dan harus diguling-guling dalam kelapa parut sebelum dihidangkan.

Macam ni la rupa kuih kuba guling atau kerbau guling tu.

Kerdit : Sumber

Sebenarnya Akak tak pernah rasa lagi kuih ni. Cari-cari kat pasar ramadhan, tak jumpa la pulok. Ada orang kata, rasanya macam kuih kaswi.

Nak buat sendiri, rasa macam susah (haha…alasan).
Bila tengok bahan-bahan, rasa senang cari, kecuali tempurung bakar. Rasanya….. tempurung bakar tu benda wajib untuk memberi efek hitam pada kuih. Kalau letak warna lain, contohnya warna hijau, tak jadilah kuih kuba atau kerbau guling. Ada kerbau warna hijau?

Ni resipi yang saya ambil dari blog : www.rasa.my
Kalau berminat boleh try.

  • 250gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 150gm tepung jagung
  • 1/2 sudu makan kapur
  • 3 sudu makan tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis). Pastikan anda ambil tempurung yang bersih
  • 1 liter air (atau lebih sedikit) – bergantung pada kepekatan
  • Secubit garam
Cara memasak:
  • Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali. Kacau sebati. 
  • Bila sudah sebati, hidupkan api dapur (sederhana besar) dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.
  • Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan bahan yang sudah di masak tadi.
  • Bila adunan sudah sejuk, potong dan gulingkan kuih anda ke dalam kelapa parut (muda) yang telah digaulkan dengan sedikit garam.
  • Sedia untuk dihidangkan dan dimakan.

Ok. Selamat mencuba.
pastikan jadi kuih tau, …..jangan jadi macam ni pulak.

Kredit: Sumber

Sekian. wassalam.

10 thoughts on “Kuih Kuba Guling”

  1. first time dgr nama kuih ni…tempurung tu boleh diganti dgn arang kot..sekrg ni byk roti/bun, burger, guna serbuk arang…

Leave a Reply