Cerita

Ke Mana Di Mana

All about memories….

Masa yang lepas 
Tak akan kembali
Kisah yang berlalu 
Tak kunjung lagi
Ke mana di mana
Hati ku merayu
Serupa dengan mu
Tak akan bertemu
Walaupun bertahun ku cari
Tiada gantinya
Hanya kenangan sahaja
Turut menjelma
Menangis kalbu ku bertanya
Hilang ke mana
Mungkin kah sunyi akhirnya
Untuk selamanya
Hendak ku ikut rasa takut binasa
Ingin ku bermanja dikau tiada
Hanyalah yang tinggal
Kenangan bersama
Hilang mu ku tanya
Ke mana di mana
Penyanyi asal : Ahmad Jais
Bila member share video ni kat wa group, rasa nostalgia sangat.
Lagu Ahmad Jais lagi ….gigih akak nak google lirik dia 🙂
Bila dah dekat nak raya ni, makin rindu lah kat kampung. Mesti terkenang-kenang zaman dulu. Zaman bermain dengan kawan-kawan masa kecik, naik motor dengan abah pusing-pusing kampung, pergi sekolah (bersama geng bas sekolah),  tolong mak masak, lepas tu bertukar-tukar juadah berbuka puasa dengan jiran dan macam-macam lagi. Tu belum lagi yang terkenang-kenang Endut lama…haha
Nota: Endut adalah panggilan untuk pak we atau mak we (baca: boyfriend or girlfriend).
Apa kenangan masa kecik korang yang paling best?
Sekian. Wassalam.
Al fatihah untuk arwah Emak dan mereka yang telah pergi mendahului kita.
Kredit: fb hati kampung, fb pesan bonda, Poji

8 thoughts on “Ke Mana Di Mana”

Leave a Reply