Biaq Pi Lah




Assalamualaikum
Hari ni Akak cerita tentang buku ‘Travelog: Biaq Pi Lah”.
Buku ini mengisahkan Kisah hidup seorang budak kampung bernama Jamilah.
Cerita buku ini berlatar belakangkan tahun 70an dan 80an. Jadi, kepada sesiapa yang sempat melalui tahun 80an masa kecil dulu, memang terkenang-kenang lah pengalaman masa lalu.

Zaman main pondok-pondok siap ada yang jadi emak, bapak dan anak. Zaman main batu seremban dan galah panjang. Zaman pergi belajar mengaji dekat kampung. Zaman dengar lagu Alleycats dan Sudirman. Zaman masuk sekolah berasrama dan macam-macam lagi.
Memang banyak betul kenangan yang dilalui oleh kanak-kanak zaman tahun 80an diceritakan dalam buku ni.

Ada juga cerita tentang mandi air perigi, tengok tv warna hitam putih yang cuma ada tv1 dan tv2, gosok baju guna seterika arang, cerita benggali sorok budak-budak, hantu kum-kum dan banyak lagi. Haha…kenangan.

Penyampaiannya juga sangat sempoi. Baca pun relax aje..
Akak bagai kembali ke zaman silam…
Memang nostalgia sungguh

Kak Jem ni sangatlah ramah tamah orangnya. Mesra alam sungguh.

Apa pun, Akak rasa beruntung sebab sempat melalui zaman itu.
Ada banyak kenangan manis, ada pelbagai pengalaman yang memberi pengajaran dan yang paling penting, dapat hidup bersilaturrahim dengan aman damai lagi penuh dengan kasih sayang…

Sekian. Wassalam.

12 thought on “Biaq Pi Lah”

  1. Ala Woo says:

    alahai.lama tak baca buku mcm ni.
    mcm best je.

    1. admin says:

      Best sangat. Penulisannya santai tapi ada banyak pengajaran disebalik ceritanya.

  2. Padin says:

    yup, saya juga sempat merasa pengalaman kanak – kanak di lewat 80an..
    ehemm.. mai pos lah 1 ke Johor 😀

    1. admin says:

      Best kan zaman kanak2 thn 80an..
      Alamat tak de ni..camne nak pos..haha

  3. paridah says:

    WAH MESTI MNARIK SGT BUKU NI

    1. admin says:

      Rasa kembali ke zaman kecik2 dulu..
      Best bila ingat semula

  4. menarik ulasan tentang buku ini, seperti saya berada di dalam kenangan tahun 1992 dahulu. salam blogwalking admin.

    1. admin says:

      Saya suka ceritanya. Sangat santai
      Thanks en hafiz…sudi ke blog saya.

  5. dear anies says:

    rasanya mcm ternampak kt pwtc hari tu…

    1. admin says:

      Ada hari tu. Cuma Akak dapat jumpa dengan penulisnya sendiri dlm satu majlis di Bangi.

  6. Bagus ni.
    Dapat mengimbau kenangan lama

    1. admin says:

      Betul tu pak cik WP

Leave a Reply

Related Post