Assalamualaikum
Alhamdulillah. Hujung minggu yang lalu Akak berkesempatan pergi jalan dengan kawan-kawan.
Girls Trip kata orang…
Anyway, thanks to cik Abang, sebab bagi Akak pergi.
Destinasi kali ini adalah ke Ho Chi Minh, Vietnam.
Mula-mula nak berjalan ke tempat lain, tapi memandangkan Akak-akak sekelian nak ber-shopping raya, maka inilah tempat yang menjadi pilihan.
Kalau tidak ke sini, mungkin ke Bandung (Indonesia), tapi mungkin belum ada rezeki lagi ke sana 🙂
![]() |
Tonight…heavy hearts deserve to feel light |
Sebab fokusnya cuma nak membeli-belah, jadi pergi pun tak lama. Pergi hari Sabtu pagi, petang Ahad dah balik.
Bahaya jugak kalau pergi situ lama-lama…nanti banyaklah Ringgit Malaysia, US Dollar atau Vietnam Dong yang ‘terbang’.
![]() |
Ada apa dengan kopi? |
Memang ada banyak tempat-tempat menarik untuk membeli-belah.
Di sekitar hotel pun ada macam-macam kedai. Tu belum lagi masuk ke pasar Ben Thanh.
Pendek kata, kalau Sabtu siang dan malam tak habis shopping, celik mata pagi Ahad dah boleh sambung ‘operasi’. Maklumlah kedai-kedai yang menjadi tumpuan hanya berada di kiri, kanan dan depan hotel sahaja…huhu..ngeri tak
Penat ber-shopping, boleh beli air kopi di tepi jalan. Sedap dan memang betul-betul kopi kaw. Tak kiralah kopi susu atau kopi hitam, semuanya best. Harganya RM3 segelas.
Jangan tanya kenapa gambar-gambar kat atas tu cuma waktu malam aje. Sebabnya waktu siang Akak-akak semua sibuk berada dalam kedai baju, kedai telekung, kedai tudung dan segalanya. Kalau jenis kedai yang lain siket pun, mungkin kedai makan. Itu pun sebab dah penat dan perlu untuk ‘isi minyak’.
Senang nak cari makanan halal di sana. Makanan pun ada banyak pilihan.
Nasi lemak pun ada. Rasanya pun boleh tahan jugak. (Confirm perut melayu…huhu)
Untuk bershopping, boleh guna Ringgit Malaysia (RM), US Dollar (USD) atau Vietnam Dong (VND). Tapi untuk makan dan tambang teksi (dari airport ke hotel), lebih baik sediakan bayaran dalam VND.
Harga makanan di sana sekitar VND50,000 ke VND120,000 (dalam RM9 ke RM20) – untuk seorang / sekali makan. Ikutlah jenis makanan yang dipilih.
Tambang teksi ke hotel pulak dalam VND140,000 (dalam MYR25)
Ini adalah hasil tangkapan untuk 5 orang. Nasib baik budget cuma 20kg seorang.
Kalau tak ada limit, silap-silap pasar Ben Thanh pun ada hati nak dibawak balik…haha 🙂
Sekian. Wassalam.
kopi vietnam 1! 😉
Wah soping Rayalah ni yeh…. Nak soping gini seronok kalau pergi dengan kengkawan kan. Memasing muka mcm belum puas soping tu gayanya haha…
Tak dpt bayangkan mcm mana meriahnya soping kat Ben Thanh tu…
WAH SAKAN SHOPPING DI HCM VIETNAM YA FIDAH
dah rasa macam di Malaysia juga kan.. peniaga pandai cakap bahasa Melayu
oo..dah shopping raya..teringat pho..nyum,nyum..
terapi minda yang paling best ialah shopping.
saya pun suka shopping tetapi barang keperluan harian sahaja..
kalau pergi lama-lama boleh sumbat kontena juga barang dari Ho Chi Minh
seronoknya dah sampai sana
saya juga belum berpeluang lagi ke sana
memang bestkan HCMC.. bershopping je orang.