Kalau Keledek Katakan Keledek, Jangan Menyamar Jadi Jagung




“Ini satu inovasi atau transformasi?”  – Puan Halimah (pakar motivasi)

“Taktik penyamaran luar biasa” – Mat Zaidi bukan nama sebenar (bekas mata-mata gelap)

“Keledek dan jagung, kedua duanya adalah makanan yang mempunyai nutrisi tinggi’ – Dr Gie (pakar pemakanan)

“Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi. Mungkin saja rasa itu telah pergi” – Peterpan (artis)

“Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang” – Tegar Septian (artis)

“Makanlah buah-buahan tempatan’ – iklan sepanjang zaman

“Umur baru setahun jagung, tapi diam-diam keledek (baca: ubi) berisi rupanya awak ni” – peribahasa Melayu.

“Dengan teknik pemasaran yang betul, industri kerepek boleh memberi daya saing yang tinggi dan mampu menembusi pasaran global” – Azam Muda (pegawai pemasaran)

“Warna unggu pada keledek memberikan satu impak yang sangat misteri manakala kuning jagung begitu sinonim dengan warna matahari yang melambangkan unsur kekuatan” – Dewi (penggiat seni)

“Anak Si Leha tu, baru kaya siket dah lupa asal usul. Dah tak reti nak mengaku keturunan sendiri. Emaknya pun sama. Bukannya reti nak mengajar anak” – Team Mak Cik Bawang

Sekian. Wassalam.

Nota kaki: Kerepek keledek berperisa jagung ni memang best. Sila dapatkan di kedai-kedai berdekatan anda.

20 thought on “Kalau Keledek Katakan Keledek, Jangan Menyamar Jadi Jagung”

  1. Boleh cuba try cari nanti.

    1. admin says:

      Boleh di cuba ni pak cik wp

  2. Hans says:

    hehehe
    dah makan tapi tak minat sangat yang rasa nih

    1. admin says:

      Ikut tekak jugak..tapi yg perisa keledek sebenar pun best

  3. SalbiahM says:

    kelakar entry kak Fidah ni..haha

    1. admin says:

      Thanks Sal..gigih tangkap gambo

  4. nohas says:

    ada gak mcm ni..keledek berperisa jagung..

    1. admin says:

      Produk baru dipasaran

  5. dear anies says:

    kerana jagung sebatang rosak keledek sekebun hahahahah

    1. admin says:

      Hari ini menanam jagung, hari esok menanam keledek

  6. paridah says:

    sedap kot jagung n kledek bersatu n tambah durian sikit heh..heh..

    1. admin says:

      Boleh buat tajuk cerpen ni..bila keledek, jagung dan durian bersatu..

  7. Padin says:

    gigih ye mencari qoute2 tu. hahaha

    1. admin says:

      Gigih jugak lah…haha

  8. kerepek sedap dimakan begitu sahaja..

    minum petang bersama orang tersayang lagi best

    1. admin says:

      Kalau ada pisang goreng dan kopi o lagi best…:)

    2. ya..

      itulah pasangan yang ideal

  9. Nora Karim says:

    Hahahahaha kelakar entri ni…

  10. Khir Khalid says:

    Musang berbulu ayam ni.. eh! 😀

Leave a Reply

Related Post