Tote Bag




Assalamualaikum
Dalam dunia ni..ada banyak jenis beg yang disukai wanita. Antaranya adalah tote bag.

Beg yang ringkas bentuknya serta ringan membolehkan ia dibawa ke mana saja. Nak bawa ke office, pergi shopping, pergi berkelah, kelas tution atau ke mana saja.
Saya suka beg ni sebab senang nak sumbat apa saja. Kalau nak pergi shopping waktu tengah hari (lunch hour) tak adalah orang nampak sangat kita bawak balik beg plastik dari supermarket atau hypermarket mana.
Ter-cover lah siket beg plastik sogo, parkson, isetan atau apa saja…:)

 

Tote bag yang ada dalam gambar ni adalah jenis reversible. Satu beg, tapi boleh diterbalikkan untuk mendapat 2 corak. Ada dua permukaan kata orang.
Boleh guna ikut mood..
Contohnya hari ni guna side A (gambar rama-rama). Esok boleh guna side B (denim)…

Tidak dinafikan, saya memang minat sangat dengan kain denim. Sebab tu kebanyakan hasil jahitan menggunakan kain jenis ini.

Gambar-gambar di atas adalah hasil kerja weekend ni. Alhamdulillah, dapat menyiapkan beberapa beg.
Menjahit ni best tau sebenarnya.
Moga hobi yang ini juga dapat menjadi salah satu sumber pendapatan. Aamiin.
Sekian. Wassalam.
My new collection
#totebag
#diybeg
#whitebarleybeg
#sewingdiary

 

13 thought on “Tote Bag”

  1. Padin says:

    wah hobi macam ni memang da boleh buat income ni.
    siap logo "WB" di tag nampaknye tu

    1. admin says:

      Moga2 boleh tambah income…aamiin. Penting logo pengenalan diri tu..hihi.
      Thanks Padin

  2. nohas says:

    cantik..ada dua corak, mmg praktikal utk bawa gi shopping…
    hobi yg boleh menjana pendapatan..semoga sukses..

    1. admin says:

      Aamiin…aamiin. thanks sis Nohas.
      Senang bawa tote bag kalau nak shopping. Bole sumbat semua barang.

  3. Saya minat juga menjahit, tapi belum pernah lagi pecah rekod jahit beg. Terasa susah. Hehe

    1. admin says:

      Kalau dah biasa menjahit..tak susah sangat rasanya. Boleh cuba.
      Thanks Aziana

  4. paridah says:

    WAH CANTIKNYA BANYAK BOLEH DIISI TU

    1. admin says:

      Thanks Kak Paridah. Saya suka beg yang ringkas dan bole isi banyak barang.

  5. dear anies says:

    wahhh dah bercambah bisness nmpk nyer ni sis?

    1. admin says:

      Baru nak mencubajaya…
      Doakan moga berjaya.

  6. Khir Khalid says:

    Cantiknya.. tryla jual sambil2 promote kat blog ni.. mana tau smbil2 minat boleh tambah2 rezeki 🙂

    1. admin says:

      Thanks Khir..baru nak start ni. Moga bole jadi sumber pendapatan. Aamin

  7. Pingback: cialis tadalafil

Leave a Reply

Related Post