Limau Dan Tahun Baru Cina




Assalamualaikum.
Limau sinonim dengan Tahun Baru Cina.
Biasanya kalau dah nak dekat Tahun Baru Cina, akan dapat buah limau ni.

Apakah simbolik limau kepada masyarakat Cina pada musim perayaan Tahun Baru Cina?
Menurut sumber, fizikal limau melambangkan unsur kekayaan.
Warna terang oren keemasan, memberi simbol emas dan ‘prosperity’.
Selain bentuk fizikal dan warna, dari segi istilah sebutan buah limau dalam bahasa cina juga seakan-akan dengan ‘luck’ atau tuah dari perkataan kam.
Maka tidak hairanlah kalau kita selalu dapat buah limau dari sahabat atau kedai-kedai berbangsa cina pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini.
Untuk sahabat-sahabat saya yang berbangsa Cina, saya ucapkan “Selamat Tahun Baru Cina”
Untuk sahabat-sahabat yang Chinese look???…hehe..Selamat bercuti aje lar
Sekian. Wassalam
Saja nak hapdet..petang Khamis lepas hati Akak kembang berbunga-bunga bila dapat minyak oren (orange essential oil) dari young living. Minyak ni adalah sebahagian dari promo package (baca: akak dapat minyak free).
#whitebarley
#oren
#limau
rujukan: belangtarung.com

11 thought on “Limau Dan Tahun Baru Cina”

    1. admin says:

      Selamat bercuti juga Pak Cik WP

  1. Hans says:

    yes
    diorang pun beli sebab jadikan hadiah
    yang banyak makan sebenarnya orang melayu
    hehehe

    1. admin says:

      Masa ni lah dapat banyak makan limau free…hihi

    2. Hans says:

      hahahaha
      saya beli sendiri 2 kotak
      puas sikit makan
      haaha

  2. SalbiahM says:

    hehe..makan banyak limau pastu batuk. Selamat kembali bekerja kak Fidah!

    1. admin says:

      Batuk2 pun layan jugak..esp yg masam2 manis.
      Selamat kembali bekerja jugak Sal.

  3. dear anies says:

    sejak keje, jarang betul sy dpt limau yg manis. tup tup thn ni dpt limau manis. hmmm ada ong ke tu? hahahaa

    1. admin says:

      Mudah mudahhan ada banyak ong…
      P/s: jangan lupa kawan2…hihi

  4. Mrs. A says:

    Tahun ini paling sikit dapat limau.
    Baru dapat 2 biji jer… tu pun bos bagi.

  5. bedak tu mmmg guna
    masa sek dulu2
    saya suka yg pink…
    cantiknya bekas limau tu..

Leave a Reply

Related Post