Cerita Product Review

Ayam Atau Daging?

Assalamualaikum
Untuk sekian kalinya Akak makan nasi ni.
Pilihan lauk adalah ayam campur daging goreng kunyit.

Sebenarnya dah makan nasi + daging goreng kunyit Jumaat lepas, tapi teringat-ingat pulak weekend hari tu. Kena lah beli lagi hari ni 🙂

Memang sedap. Tak caya boleh cuba, try and test. Lokasinya adalah di Jalan Cangkat Perak,  belakang Jalan Sultan Ismail. Harga kalau ada nasi+ ayam + daging adalah RM8.

Lagi ummppphhh kalau ada air dragon fruit ni.

Nak menarik lagi, ada keropok sebagai bahan kudap-kudapan…peerrgghhh.
Tengok tangki ler.

Betullah orang kata:
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati.

Sekian. Wassalam.

#whitebarley
#perutkenyanghatisenang
#jalanjalancarimakan

12 thoughts on “Ayam Atau Daging?”

Leave a Reply