Cerita

OPR Naik Kepada 3.25%

Assalamualaikum

Bank Negara Malaysia hari ini membuat keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25%. 
Kali terakhir perubahan dibuat ke atas OPR adalah pada Julai 2016, iaitu pada kadar 3%.

Bagaimana penurunan OPR mempengaruhi kehidupan kita?
Bila OPR naik, interest rate yang dikenakan terhadap pinjaman akan juga naik. Umumnya, jika kadar interest naik, ianya tidak menggalakkan orang untuk meminjam wang (di bank). 

Sebaliknya, jika anda adalah penyimpan wang tegar di bank, kenaikan OPR akan turut memberi kesan kepada faedah deposit yang anda perolehi. Secara teori, bila interest rate atau faedah tinggi, ianya akan menggalakkan orang menyimpan wang di bank. 
Apa lagi. Jom kita menyimpan.
Banyak wang, hati senang 🙂

Sekian. Wassalam.

Sumber: utusan online
Gambar: google

12 thoughts on “OPR Naik Kepada 3.25%”

  1. Pinjaman besar2 pasti terasa ni nak bayar balik.. skrng mmg waktu menyimpan je lah utk anak2, kita cari duit je nak meminjam bnyk2 pun dah rasa tua dah hahaa

Leave a Reply