Cerita Product Review

Kuih Siput Dan Popia Pintal

Assalamualaikum
Ini bukan cerita pasal promosi kuih raya.

Tengah hari tadi sempat pergi ke Medan Mara. Lama dah tak jalan-jalan kat sana sambil cari makanan kudapan untuk anak-anak….(sebenarnya untuk mak dan ayah dia orang sekali…haha)
Best apa..krup krap depan tv. Kadang-kadang tak sedar separuh balang dah habis 😀

Popia pintal harganya RM18 sebalang. Kuih siput pulak harganya RM12. Boleh tahan juga harganya. Nak buat macam mana. Akak dah malas nak gentel tepung buat kuih siput. Apa lagi nak gulung kulit popia tu..huhu

Sambil-sambil tu, singgah di satu kafe. Namanya ‘Kafe Berisi’. Best juga sesekali dapat layan soto.

Soto dengan sambal kicap extra

Korang makan apa tengah hari ni?
Sekian. Wassalam.

11 thoughts on “Kuih Siput Dan Popia Pintal”

  1. Mesti budak budak yg nak makan kan FS. Kuih siput tu faveret jugak tu. Hari tu tingin punya pasal beli kat RnR. Sedaplah jugak dpd kena menggentel sendiri 4 jam hihi…

    Soto pun faveret jugak tu…. adoiyai berbunyi perut pepagi ni

Leave a Reply