Cerita Family

Selepas Setahun Berlalu

Assalamualaikum

Bila tiba hujung tahun ni, maka genaplah setahun tangan anak saya di operate. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Masih ingat lagi pengalaman 10 hari di hospital.

Awal Januari lalu, anak saya memulakan sesi persekolahan (Darjah 1) dengan tangan berbalut dan harus ke sesi fisioterapi. Anak saya juga harus belajar menulis dengan tangan kiri. Tapi sekarang, Alhamdulillah, tangan kanan anak saya telah pulih sepenuhnya. Dah boleh menulis dengan baik, bawak basikal dan sebagainya.

Terima kasih saya ucapkan pada Dr. Zairizam Zakaria dan team di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur di atas rawatan yang baik ke atas anak saya juga di atas surat sokongan yang membolehkan saya bercuti tanpa gaji untuk menjaga anak.

Terima kasih juga untuk kawan saya, Ikhti dan ex boss Madam Chong yang terpaksa berurusan dengan pihak HR untuk membenarkan saya bercuti tanpa gaji. Akak masih di hospital masa tu, jadi tak boleh menguruskannya sendiri.

Terima kasih semua.

Sekian. Wassalam.

Gambar: Google

6 thoughts on “Selepas Setahun Berlalu”

Leave a Reply