Cerita

Survivor Camp Wetland Putrajaya Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum

Sempena cuti sekolah akhir tahun, program tahunan Survivor Camp 2017 akan diadakan di Tapak  Perkhemahan Taman Wetland Putrajaya. Program berteraskan modul dan aktiviti pendidikan kendiri yang menarik dan sesuai untuk anak-anak di musim cuti sekolah.

Aktiviti perkhemahan 3 hari 2 malam ini terbuka kepada Junior Survivor berusia 8 hingga 12 tahun, bermula 28 hingga 30 November 2017.

Program berkonsepkan ikhtiar hidup dan teknik survival ini menekankan pendidikan berasaskan alam semulajadi yang melatih pelajar membina keyakinan diri dalam menghadapi suasana yang mencabar.

Sekiranya berminat, sila hubungi pihak urusetia di talian 011-14794605 (Noradli), 012-2026858 (Sham), 012-3531670 (Ninie) dan 03-88877774 (kecuali hari Isnin) atau email ke putrajayawetland@gmail.com

Jangan lepaskan peluang menarik ini untuk daftarkan anak-anak anda.

Nota:
Isnin tiada perkhidmatan taman ditawarkan kerana tutup (hari penyelenggaraan)

Sekian.Wssalam.

#survivorcamp
#wetlandputrajaya

6 thoughts on “Survivor Camp Wetland Putrajaya Sempena Cuti Sekolah”

Leave a Reply