Essential Oils Product Review

Raindrop Technique

Alhamdulillah. Semalam saya berkesempatan untuk belajar teknik urutan yang dipanggil raindrop technique.
Teknik ini diasaskan oleh Mr Gary Young, yang juga merupakan founder produk Living Young.

Secara ringkasnya raindrop technique ini adalah teknik urutan yang menggunakan aramaterapi (minyak), foot vitaflex (sejenis kaedah urutan kaki) serta beberapa teknik urutan di bahagian badan.

Raindrop technique ini menggunakan 9 jenis minyak (essential oils) dan juga 1 minyak urutan. Minyak kelapa dara juga digunakan dalam teknik ini jika kesan minyak-minyak (essential oils) yang lain terlalu panas (biasanya untuk kanak-kanak).

Sesi semalam dimulakan dengan penerangan dan demo dari Cikgu Hajar.  Selepas itu saya berpeluang untuk membuatnya secara praktikal sebanyak 2 kali.

Terima kasih Cikgu Hajar atas ilmu yang dikongsikan.
Terima kasih juga untuk sahabat saya, Anie yang bagi tumpang rumah untuk kami belajar teknik ini. Peserta -peserta semalam pun semuanya sporting.

Sebab masih baru sangat belajar, memang tak mahir lagi. Jadi lepas ni siap lah cik abang dan anak-anak di rumah Mak jadikan bahan experimen…hihi 🙂

Sekian. Wassalam.

#younglivingessentialoils
#raindroptechnique
#whitebarleyblogspot
#photobyfidah

 

9 thoughts on “Raindrop Technique”

Leave a Reply