Cerita

Keretapi 12 Gerabak Tergelincir

Assalamualaikum
Sebuah tren kargo telah tergelincir semasa perjalanannya dari Ipoh ke Pelabuhan Klang. Kejadian berlaku pada lebih kurang pada pukul 3 pagi, 23 November 2017 di km386, berdekatan dengan stesen komuter Bank Negara.

Kejadian ini telah menyebabkan tren ke semua laluan tergendala. Buat sementara ini, semua perkhidmatan tren yang melalui Stesen Kuala Lumpur, Bank Negara, Putra dan Segambut adalah dihentikan.
Pengguna-pengguna tegar tren komuter, silalah cari alternatif lain. Tak tau lah berapa lama boleh settle nih 🙁
Semoga perjalanan kita semua selamat dan segala urusan dipermudahkan.

Untuk Ikhti, Juli, Nisa dan kawan-kawan yang lain, terima kasih atas maklumat seawal 6.30 pagi.
Jasa mu dikenang.

Hari ke 2 @ 24 November 2017
Tren masih lagi tidak berganjak dari kedudukan semalam. Kelihatan para pekerja sedang berusaha untuk memulihkan keadaan.

Cuti sekolah dah pun bermula. Mana-mana yang dah beli tiket keretapi, baik yang senandung malam atau siang dan akan melalui jalan keretapi ni, tak tau lah apa ceritanya.
Moga segala urusan dipermudahkan…aamiin

Sekian. Wassalam.

9 thoughts on “Keretapi 12 Gerabak Tergelincir”

  1. Alahai kesian kepada mereka yang terlibat..
    Bukan mudah untuk kembalikan keadaan seperti sediakala memandangkan container barang banyak.. Semoga dipermudahkan urusan mereka..

Leave a Reply