Cerita

Lontong Darat vs Buaya Darat

Assalamualaikum

Perbezaan antara lontong darat dengan buaya darat:

  • Lontong darat, menyesal tak cuba. Kalau buaya darat, menyesal kalau jumpa.
  • Lontong darat, buat sarapan pun sedap. Tapi kalau jumpa buaya darat, ‘habislah’ kita yang di-ngapp.
  • Lontong darat, kita duduk diam-diam makan sampai licin. Tapi buaya darat, tak boleh duduk diam kalau nampak si dahi licin.
  • Lontong darat, ada yang makan dengan sambal paru. Kalau buaya darat, yang kecik, yang besar, yang tinggi, yang rendah semua dia ‘sapu’.
  • Lontong darat, lauk pauknya membuka selara. Buaya darat pulak, lentok gayanya selalu menggoda.
  • Lontong darat, tak semua tempat ada. Kalau buaya darat, tak kira tempat cari mangsa.
  • Lontong darat, tak sah kalau tak ada nasi impit. Buaya darat, tak sah kalau tak menghimpit.
Gerai menjual lontong darat
  • Lontong darat, sedap dimakan dengan rendang hati dan sambal sotong. Kalau buaya darat, si mangsalah yang makan hati berulam jantung.
  • Lontong darat, makan selalu boleh gemuk. Jumpa buaya darat, kalau boleh rasa nak hempuk.
  • Kehebatan lontong darat terletak pada sambal kacangnya. Kehebatan buaya darat pulak, terletak pada ayatnya yang power…..huhu…hati-hati uolls… 😀
Nota kaki: Lontong darat atau lontong kering  adalah makanan yang popular di Johor. Ia adalah campuran nasi impit dengan pelbagai lauk seperti rendang, sambal jawa, sambal kacang, sambal udang/sotong, paru, serunding kelapa dan macam-macam lagi. Biasanya dijual di waktu pagi untuk sarapan. Buaya darat?…korang google lah sendiri
 
KBai
pic: google
credit: buk rin & juli

25 thoughts on “Lontong Darat vs Buaya Darat”

  1. I am a website designer. Recently, I am designing a website template about gate.io. The boss’s requirements are very strange, which makes me very difficult. I have consulted many websites, and later I discovered your blog, which is the style I hope to need. thank you very much. Would you allow me to use your blog style as a reference? thank you!

Leave a Reply