Jenis-jenis Mabuk




Assalamualaikum

Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis mabuk. Kalau tak percaya, cer tengok kat sini:

Mabuk Laut
Mabuk ni khusus untuk orang yang berlayar kat laut. Kalau pergi jalan-jalan naik uber atau naik basikal jangan nak mengada ngada kata korang mabuk laut pulak. Kalau terkena mabuk laut ni memang payah. Tak ada kerja lain. Pening, muntah, tido. Pening, muntah, tido. Percutian ala-ala cruise mewah anda juga pasti tidak dapat dinikmati sepenuhnya.
Antara penawar kalau mabuk laut adalah dengan makan pisang emas. Tak caya, boleh baca kat SINI.

 

Mabuk kepayang
Ada yang memanggilnya mabuk cinta atau mabuk asmara.
Kalau anda sudah mabuk kepayang, dunia ini bagaikan anda dan si dia saja yang punya. Makan tak kenyang, tidur tak lena. Siang malam asyik terbayang. Tengok dinding nampak muka si dia. Tengok lampu nampak muka si dia. Tengok pinggan nasi nampak si dia. Bahasa juga bertukar jadi puitis. Handphone 24 jam ada kat tangan sebab nak check status pasangan.Jap-jap tengok. Jantung berdegup kencang. Tulang rusuk pulak, bergetar tanpa henti. Saat itu anda merasakan semua lagu-lagu cinta yang ada dicorong radio dituju khas untuk anda berdua. Alangkah indahnya πŸ˜€

Mabuk kerana hamil / mengandung
Mabuk hamil atau mengandung adalah perasaan mual atau loya yang dialami oleh ibu-ibu mengandung, biasanya pada trimester pertama. Ia juga dipanggil ‘morning sickness’. Tahap morning sickness ni sebenarnya bergantung pada individu. Ada yang teruk dan ada yang tak begitu teruk. Ada juga yang mengalaminya sepanjang tempoh kehamilan. Hanya yang pernah ada pengalaman saja yang tahu perasaan ‘moring sickness’ ni. Ada yang bau perfume tak boleh, bau ikan goreng tak boleh, bau nasi tak boleh, dan macam-macam lagi. Badan pastinya lemah tak bermaya. Memang bersyukur sangatlah kalau suami dan orang-orang sekeliling amat memahami situasi anda.

Mabuk ketum
Mabuk ini boleh terjadi jika mengambil daun atau air ketum secara berlebihan. Perlu diingat, daun ketum tidak ada kaitannya dengan daun kesum atau daun ketumbar. Orang kata, nak air ketum ‘power’, hanya perlu tambah ubat batuk atau ubat penahan sakit seperti panadol. Nak sedap, tambah minuman cola. Nak brutal, boleh tambah serbuk ubat nyamuk…huhu (DON’T TRY THIS AT HOME). Kesan pengambilan air ketum berlebihan boleh membawa kemudaratan seperti pengambilan alkohol dan dadah. Peminumnya boleh khayal atau mabuk. Di Malaysia, pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan pada tahun 2013.

 

Mabuk arak
Arak, alkohol atau minuman keras adalah ternyata memudaratkan. Don’t Drink and Drive orang kata. Ada yang meminumnya secara bersendirian dan ada yang menimumnya di party-party sosial untuk meningkatkan ‘mood’. Pengambilan arak boleh membawa banyak kesan negatifΒ  seperti mabuk, kurang selera makan, kekurangan vitamin, sakit jantung, hati dan penyakit dalam perut. Agama Islam melarang keras pengambilan arak atau alkohol ini. Minum pun sudah dilarang, apa lagi nak berpesta arak πŸ™

Dari Ibnu Mas’ud RA berkata: Ada 10 pihak yang mendapat kutukan masalah minuman keras atau arak iaitu orang yang memerahnya, orang yang minta diperahkan, orang yang meminumnya, orang yang memberikan minuman, orang yang membawanya, orang yang minta dibawakan, orang yang menjual arak, orang yang membeli arak, orang yang makan hasil jualan arak dan orang yang minta dibelikan arak.

Sekian. Wassalam.

Sumber: pelbagai
Gambar: google

26 thought on “Jenis-jenis Mabuk”

  1. dear anies says:

    mabuk cinta yg plg bahaya hahaha

    1. admin says:

      Betul tu..
      Sayang sayang mabuk kepayang..:D

  2. paridah says:

    MOGA TERHINDAR DRPD MABUK-MABUKAN

    1. admin says:

      Aamiin…moga dijauhkan.
      Orang melayu kata, mintak simpang

  3. nohas says:

    Semabok di Melaka..

    1. admin says:

      Tak pernah sampai situ lagi..

  4. SalbiahM says:

    walaupun abang brutal bawak lori, tapi hati penuh cinta..hehe

    1. admin says:

      Dalam hati ada taman..

  5. Padin says:

    Beruntung Noraini tu… hahahh..

    1. admin says:

      Insan pilihan..

  6. Teringin la pulak nak mabuk Cinta..

    Tak akan nak mabuk Cinta dengan Isteri..

    Nanti ke cap buang tabiat..

    Hehehehe

    1. admin says:

      Bak sini no talipon Kakak kat rumah tu. Saya nak repot..huhu

  7. Cik Puan Ena says:

    paling x tahan mabuk hamil.haha.. smpai 5bulan tu mabuk teruk.. penangan anak perempuan.

    1. admin says:

      Hanya orang yg pernah mengalaminya aje yang paham…:(

  8. Nurul Rasya says:

    Kalau saya mabuk kereta. Tak boleh duduk dalam kereta lama-lama. rasa mual.

    nurulrasya.com

    1. admin says:

      Kalau travel jauh kenalah stop banyak kali..boleh makan2..

  9. hainom OKje says:

    Hihi…. banyak banyak mabuk…mabuk mana yg paling teruk agaknya ye FS?

    1. admin says:

      Semua mabuk teruk Mak…
      Berpinar mata dibuatnya..hihi

  10. Nabila Syifa says:

    mabuk cinta hahah

    1. admin says:

      Nak buat macam mana…
      Penyakit macam tu kena kawin aje..

  11. Pernah dulu2, pegi CH naik bas duduk belakang
    Mabuk sampai termuntah2.

    1. admin says:

      Mesti tak larat nak petik bunga kat CH kalau dah mabuk macam tu..:D

  12. Khir Khalid says:

    Mabuk ketum best juga.. teringin nak cuba, eh haha πŸ˜€ πŸ˜€

    1. admin says:

      Cubalah…
      Lelas tu jangan lupa buat satu entri tentang 'apa rasanya' disertakan gambar selfie sekali πŸ™‚

  13. pernah mabuk mengandung 3 kali. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu betapa tersiksanya mabuk mengandung saya (sebab sampai warded 4 hari). kenangan sungguh. hihi

    1. admin says:

      Pengorbanan seorang ibu. Tapi bila anak2 dah besar, jadi satu kenangan berharga tu

Leave a Reply

Related Post