Barli Atau Oat?




Assalamualaikum.
Barli atau oat?
Keduanya mempunyai GI yang rendah iaitu sekitar 25 – 27. Keduanya juga tidak menyebabkan gula dalam darah naik selepas memakannya.
Tapi, ada sesuatu tentang barli yang perlu anda tahu.
  • Barli boleh menguatkan sistem imun tetapi oat tidak.
  • Barli boleh mengurangkan masalah kekurangan sel darah merah, sedangkan oat tidak.
  • Barli boleh menguatkan paru-paru serta menghindari asthma, sedangkan oat tidak

Oat
  • Barli boleh menguatkan tulang serta mengelakkan osteoporosis, sedangkan oat tidak.
  • Barli boleh mencuci usus serta melakukan proses detoksifikasi, sedangkan oat tidak.
  • Barli boleh menguatkan ginjal dan mencairkan batu karang, sedangkan oat tidak.

Air barli

Yang paling penting daripada semua di atas, barli ada disebutkan dalam hadith, sedangkan oat tidak.

Imam Tarmidzi meriwayatkan dengan sanadnya, dari Sulaim bin Amir, Abu Umamah mendengarnya berkata:
“Biji barli tidak pernah ditinggalkan dari menu makanan keluarga Rasulullah SAW”.

Rasulullah berkata “Talbinah (sejenis bubur barli) memberikan kelegaan hati penderita sakit serta menghilangkan kesedihan”

Diriwayatkan dari Aisyah:
“Apabila keluarganya terkena demam, mereka memerintahkan membuat sup barli” – HR Ibnu Majah

Sekian. Wassalam.

Rujukan: pelbagai

17 October…
Semoga blog ni panjang umurnya…aamiin

16 thought on “Barli Atau Oat?”

  1. dear anies says:

    suka barli limau suam… ms demam pekena air ni perrghhh rs mcm dah boleh bermarathon lps tu hahahaha

    1. admin says:

      Best tu. Hari selasa lepas akak bfast air tu la..

  2. Baru tahu begitu banyak khasiat barli.Selama ni ingat untuk sejuk kan badan je.

    1. admin says:

      Banyak khasiat…selain dari makanan sunnah..

  3. SalbiahM says:

    suka dua-dua. Tapi barli suam memang sedap. Nak carilah petang jap gi

    1. admin says:

      Cari sal…rugi tak pekena segelas..sedap

  4. Agree dgn komen atas2 😀 barli suam terbaik! 😀

    hanisamanina.com

    1. admin says:

      Yup…my feveret tu

  5. nohas says:

    sedapnya air barli ais…ada hadis rupanya..jom minum/makan barli, makan sunnah Rasulullah saw..

    1. admin says:

      Jom..kita makan makanan sunnah. Pastinya yang terbaik untuk kesihatan

  6. Padin says:

    hahaha bila tgk Happy Birthday tu,
    automatik tengok first entri.. 😀

    1. admin says:

      Malu lak bila baca 1st entri. Masa tu baru2 belajar nak menulis..hihi

  7. banyak promote barli rupanya..

    adakah kerana domain blog ini

    1. admin says:

      Sekali sekala…promote blog sendiri 🙂

  8. raihanah says:

    sedap air barli

  9. air barli mmg bagus utk melawas air kencing&buah pinggang

Leave a Reply

Related Post