Islam

Antara Lelaki Lembut, Pondan, Gay Dan Metroseksual

AssalamualaikumBila tengok, ada banyak jenis lelaki di dunia ni.
Kalau lelaki tulen dikaitkan dengan ciri-ciri seperti jiwa kental, tetap pendirian, bersederhana, budiman, bijak dan macam-macam lagi, sebenarnya ada beberapa ‘jenis’ lelaki lain yang ada disekeliling kita.
Tak percaya, cer tengok.

Lelaki Lembut
“Dalam hati ada taman” katanya. Mereka ini sebenarnya ‘lurus’ dan menyukai kaum berlawanan jenis. Hanya gaya pemikiran, percakapan dan tindak tanduk mereka lebih menyerupai wanita. Kalau mengomel pun boleh jadi lebih ‘Jemah’ dari Mak Jemah sebenar. Nama pun lelaki lembut, ada diantaranya punya hati yang lebih lembut dari tisu. Tapi, dalam bab berpakaian dan penampilan, mereka tetap seperti lelaki sejati. Tulen bangggg!!!

Pondan
Golongan ini mengatakan bahawa ‘jiwa perempuan terperangkap dalam tubuh mereka’. Mereka lebih suka berlagak seperti perempuan (yang lagi cantik dari perempuan sejati pun ada). Jiwa meraka juga mungkin selembut sutera, ingin dibelai dan suka bermanja-manja. Awwwwwww….Mereka menyukai lelaki dan apa yang dilakukan oleh golongan ini sebenarnya sangat bercanggah dengan fitrah kejadian mereka sebagai lelaki.

 

Gay
Golongan ini mempunyai perasaan dan nafsu kepada lelaki tidak kira mereka ini bersifat lelaki sejati atau sebaliknya. Kebanyakkan mereka tidak segan silu menunjukkan realiti gaya kehidupan mereka.

Lelaki Metroseksual
“Abang sado minyak rambut sekilo”. Mereka bukannya gay, pondan atau lelaki lembut. Mereka adalah lelaki tulen. Tapi meraka dilahirkan sebagai kaum yang suka bergaya. Biasanya penampilan mereka sangat kemas dan bersih. Mereka juga sentiasa mengikuti perkembangan fesyen dan gaya terkini. Mereka sentiasa menjaga bentuk badan dan kulit serta suka pada kecantikan dan wangi-wangian.

Wahai lelaki sekelian. Anda golongan yang mana?
Geng Kunyit? Geng lengkuas?…geng bunga kantan?…atau geng kangkung celur??…🤣🤣🤣

Rasulullah melaknat orang lelaki yang berpakaian wanita, dan melaknat wanita yang berpakaian lelaki – H.R Abu Dawud juz 4, hal.60, no.4098)

#lelaki
#macammacamada

gambar: google
rujukan: pelbagai

 

16 thoughts on “Antara Lelaki Lembut, Pondan, Gay Dan Metroseksual”

  1. entah knapa bc entry ni otak sy trs tingat sorg au au ni ms belajar dulu. dia, kalau jd pompuan mmg cantik. jd lelaki mmg hensem mcm bintang k-pop. hrp2 dia dah berubah skrg

    1. Moga dah berubah…Amiin
      Masa belajar dulu, jumpa juga golongan yang macam ni. Muka cantik, pandai pulak tu. Harap dan jadi lelaki sejati.

Leave a Reply