Assalamualaikum
Kau letakkan Tuhan di tempat yang tertinggi saat kau payah, dan kau letakkan Dia di tempat terakhir saat kau bahagia. Di mana rasa malu mu?
Asyik baca buku musim bunga aje, apa kata sekali sekala tukar musim pulak.
Best jugak baca buku ni.
Sinopsis cerita:
Iqlima Salsabila, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan pembedahan pemindahan hati. Dia dikebumikan selama 5 hari, kemudian kuburnya digali semula setelah ayahnya mendakwa melihat anaknya di dalam mimpi, kembali dengan kain kafan yang berlumuran darah dan nanah, meminta untuk diselamatkan kerana masih hidup.
Apakah yang dilaluinya sepanjang 5 hari dia berada di alam kubur?
Bagaimanakah suasana yang dijalaninya sepanjang dia berada di alam misteri sehingga dia merasakan hampir beribu tahun lamanya dia bersemadi.
…..kalau nak tahu, kenalah baca cerita ni.
Tanah itu….adalah dirimu. Kamu akan kembali menjadi debu
Akak bagi 4.5 bintang 🙂
Best dan menginsafkan
“Musim bunga bukan selamanya. Bersediakah kita menuju perjalanan abadi?” – kata-kata ala pujangga dari penulis buku Musim Sejuta Warna (Rin Azrina).
Apakah kau merasakan dunia ini segala? Waktu yang kau tunggu bakal tiba. Hari ini akan berakhir esok. Esok akan berakhir dengan lusa. ….dan lusa…belum tentu kau ada waktunya
Sekian. Wassalam.
#semusimdimasyar
#salamjumaat
#perjalananabadi
#ceritayangmenginsafkan
Tgk tajuk je dah buat tertanya2 apa isi dalamnya
Cerita pasal di alam 'sana'..
#makinsaf
Uish..cover dan tajuk pun dah buat meremang bulu roma
Buku anak akak ni…
Kalau mak dia beli buku cintan cintun aje..
wow,seram bunyinya
Seram la jugak bila baca…
menarik…teringin nak membaca sampai habis
Baca lah…best. Tak rugi baca
menarik..nak tau mcmana penulis menggarap kisah2 di alam baqa'..
Susunan kata dia pun cantik..
MENARIK UTK DIBACA
Best cerita ni.
Thanks Kak PI
Mcm best je cite ni? Ade jual kt mph x?
Ada. Adham beli kat MPH hari tu.
Boleh jadi insaf ni baca cerita ni.. menarik.
Ayat2 dia pun best..
Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks! https://www.binance.com/en/register?ref=IJFGOAID