Cerita

Mengapa Sukar Tidur Malam

Assalamualaikum

Pernah tak ada masalah susah nak tidur malam?
Kalau ada, jom kita tengok apakah punca-puncanya:

Gadget
Terlalu asyik dengan gadget boleh menyebabkan sukar untuk tidur malam. Cuba bayangkan, nak lelap mata aje, dengar bunyi mesej masuk…dah ler sibuk nak tengok mesej.
Cara atasinya adalah dengan meletakkan gadget anda jauh sedikit dari tempat tidur. Barulah aman.

Cahaya terang benderang
Sesetangah orang memang tak boleh tidur dengan keadaan lampu terpasang. Cara atasinya adalah dengan tutup ( off) kan semua lampu dan tidurlah dalam keadaan gelap. Tidur nyenyak bil elektrik pun jimat.


Tak boleh berhenti berfikir
Nak tidur pun masih sibuk memikirkan hal-hal dunia bagai sudah tiada lagi hari esok…huhu
Cara atasinya adalah dengan tenangkan fikiran anda. Lupakan lah hal pejabat, kisah jiran yang bergaduh atau duit kutu yang belum dibayar. Tidurlah dengan aman.

Tidur terlalu lama di waktu siang
Kalau dah bangun lewat atau tidur sepanjang petang, mata boleh menjadi segar bugar di waktu malam. Cara atasinya adalah dengan menambahkan aktiviti yang lebih berfaedah dan jangan tidur terlalu lama di waktu siang.

Keadaan sekitar terlalu bising
Bunyi bising boleh mengganggu tidur. Pastikan keadaan sekitar aman damai dan tenteram. Kalau anak-anak sedang sibuk bermain, suruhlah mereka tidur. Kalau rakan serumah anda sedang menonton tv yang dipasang dengan kuat, suruh dia perlahankan atau tutup saja…hihi

Minum kopi terlalu banyak
Kaffein yang ada dalam kopi boleh merangsang otak dan menyebabkan anda sukar tidur. Gantilah dengan segelas susu. Tidur jadi lebih nyenyak disamping tulang dan gigi kita juga menjadi lebih kuat 🙂

Sekian. Wassalam

Sumber: pelbagai
Pic: google

14 thoughts on “Mengapa Sukar Tidur Malam”

  1. Kalau penat sangat pun nak tido susah. N saya selalu x boleh tido kalau pagi esoknya kena bangun awal dr kebiasaan. Resah takut terlambat

Leave a Reply