Beauty & Health Uncategorized

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Pejabat

Assalamualaikum

Pernah rasa mengantuk tak kalau kat office?
Terutamanya selepas waktu makan tengah hari. Kadang-kadang, time ni lah yang paling kritikal sekali. Kena pulak hari tu makan nasi bariyani kambing atau kari kepala ikan…eeerrmmm

Kalau rasa mengantuk kat office, boleh cuba tips-tips ini. Manalah tau kalau berkesan.

  • Tarik nafas. Orang kata kalau mengantuk mungkin badan kurang oksigen. Jadi, tarik nafas dalam-dalam beberapa kali. Moga-moga bertambahlah kadar oksigen dalam badan dan hilang lah rasa mengantuk. 
  • Pandang sesuatu yang berwarna hijau. Cara ini juga dapat menyegarkan mata. Contohnya pandang pokok atau daun-daun hijau. Diulang, daun-daun hijau, bukan gadis bertudung hijau.

  • Basuh muka. Mesti boleh segar lepas muka terkena air sejuk. Untuk akak-akak, lepas basuh muka, boleh ler touch up (make up) semula. Barulah nampak lebih segar dan berseri-seri. Atau kalau malas nak basuh muka, boleh spray seawater mist macam kat gambar tu. Bukan saja muka jadi segar, ada bahan anti-aging lagi…
  • Minum kopi. Kopi panas atau sejuk pasti menyegarkan.
  • Makan kudapan. Cara ini boleh dikatakan berkesan sebab ….pernah ke tengok orang makan sambil tidur? Kalau ada pun mungkin jarang berlaku atau hanya kes-kes terpencil sahaja. Jadi apa lagi, silalah bawa buah-buahan, biskut atau jajan untuk dijadikan kudapan bagi hilangkan rasa mengantuk.
  • Bersembang dan bergossip. Cara ini bukan saja dapat menghilangkan rasa mengantuk, malah dapat juga meng-up date gossip-gossip terkini tentang rakan sepejabat, jiran tetangga atau artis-artis kesayangan.
  • Senaman ringan. Tak semestinya kena berlari laju-laju sejauh 100 meter. Cukup setakat senaman ringan dengan menggerakkan kepala, tangan dan kaki. Kalau masih mengantuk, boleh juga kalau nak cuba buat senaman poco-poco… 🙂
  • Ajak bos duduk kat sebelah. Ada berani ke nak tido kalau bos ada kat sebelah? Kecualilah anda yang boss…hehe
  • Tidur aje lah. Ini adalah jalan terakhir kalau semua tips di atas gagal..
Sekian. Selamat Mencuba.
Wassalam.

Rujukan: pelbagai sumber
Gambar: google

10 thoughts on “Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Di Pejabat”

  1. saya selalu mengopi, bangun pergi buat keje yang tak payah pakai otak tp banyak bergerak. tapi mengantuk ni bila lunch hour tetibe hilang. magik kan..

  2. Hihi …bukan masa kerja je sekarang ni jadi suri rumah pun ada, mmg terus cari bantal jerlah hihi….

    Kat ofis kalau ngantuk, bergosip mmg ubat paling mujarab FS hihi

Leave a Reply