Cerita Uncategorized

Tergelincir Dari Landasan

Assalamualaikum

Andai tergelincir dari landasan, jalan manakah yang harus kita pilih?……

Tak semua hari berlalu indah.
Kadang-kadang terjadi perkara yang tidak diduga.

Itulah yang berlaku pada sebuah tren/keretapi kargo yang telah tergelincir di KM386.9 (laluan antara Stesen Kuala Lumpur – Kepong) pada pagi Isnin yang lalu. Kejadian itu telah menyebabkan tren komuter beroperasi menggunakan hanya SATU LANDASAN dari KL Sentral hingga ke Kepong. Ini juga telah menyebabkan jadual laluan komuter ke semua arah terganggu selama beberapa hari.

Dan…apabila terganggunya jadual perjalanan komuter, apakah pilihan yang rakyat marhaen ini ada?

Di sini saya cadangkan beberapa alternatif khas untuk pengguna KOMUTER tegar dari Bangi yang menuju ke bandaraya Kuala Lumpur (sekiranya kejadian yang sama berlaku lagi…harapnya tak ler).
Antara alternatif yang ada:

  • Naik komuter dari Stesen Bangi/UKM dan berhenti di Stesen Bandar Tasik Selatan. Tukar tren LRT STAR di Stesen Bandar Tasik Selatan dan berhenti di Stesen Masjid Jamek atau Stesen Bandaraya.

Komen: Cara ini mudah kerana hanya perlu tukar 2 tren. LRT STAR juga reliable, jadi in shaa Allah akan tiba ke destinasi tepat waktu. Selain daripada itu, bagi yang turun di Stesen Bandaraya, anda boleh menyaksikan panorama indah pasaraya Sogo di waktu pagi 🙂

  • Naik komuter dari Stesen Bangi/UKM dan berhenti di Stesen Kajang. Tukar ke MRT di Kajang dan berhenti di Stesen Merdeka (MRT). Selepas tu tukar ke tren LRT STAR di Stesen Plaza Rakyat dan boleh lah berhenti di Stesen Masjid Jamek atau Stesen Bandaraya (atau mengikut destinasi masing-masing)

Komen : Cara ini boleh diterima pakai. Tapi agak memenatkan sebab kena tukar sampai 3 jenis tren, kecualilah anda memang seorang yang tahan lasak dan suka aktiviti mencabar di waktu pagi.

  • Naik komuter dari Stesen Bangi/UKM dan berhenti di Stesen Kuala Lumpur atau Stesen Bank Negara. Selepas tu anda boleh meneruskan perjalanan ke destinasi pilihan.

Komen : Cara ini nampaknya paling relax dan mudah. Tak perlu tukar2 tern. Anda hanya perlu banyak-banyak bersabar kerana tren komuter akan berhenti dalam jangkamasa yang agak lama terutamanya di Stesen KL Sentral kerana menunggu giliran untuk meneruskan perjalanan. Bolehlah kalau nak baca novel untuk mengisi masa senggang anda. Bersedia juga untuk sampai ke opis pada jam 9.30 pagi…huhu

  • Bawaklah kereta masing-masing untuk sampai ke destinasi.

Komen: Cara ini juga mudah. Anda perlu ada kereta. Nak lagi jimat, boleh car pool dengan kawan-kawan atau jiran tetangga yang menuju ke destinasi yang sama. Cuma perlu keluar rumah sesudah subuh atau lebih awal untuk mengelakkan kesesakan di jalan raya.

  • Cuti aje lah (untuk sesiapa yang kerja). Boleh la duduk rumah sambil layan drama Korea, sineteron, telenovela atau baca buku cerita.

Komen: Ini cara paling win. Duduk rumah sambung tido atau buatlah apa-apa saja yang teringin nak buat…huhu

Sekian. Wassalam.
Pic: google

#komuter
#whitebarley

7 thoughts on “Tergelincir Dari Landasan”

Leave a Reply