Shell Out Di Kiensara Kitchen




Assalamualaikum

Semalam saya dan keluarga mencuba hidangan shell out di Restoran Kiensara Kitchen yang terletak di Teras Jernang, Bangi.

Ini komen saya tentang restoran tersebut:

SERVICE: Bolehlah dikatakan cekap. Masuk restoran aje dah ada orang bagi menu dan ambik order. Makanan sampai awal dan tak perlu tunggu lama. Cuma air sampai lambat. Dah berkali-kali bagi ‘signal’ bagi tahu air tak sampai lagi….baru lah nak sampai airnya. Tapi adik yang buat air tu dan mintak maaf. Kesopanan dan kesusilaan penting tu 🙂

QUALITY : Tahap ‘kesedapan’ makanan, saya bagi 4 bintang.  Sedap juga.

PRICE : Harga agak berpatutan. Untuk portion 2-3 orang makan, harganya RM55. Ini termasuk percuma 2 teh o ais dan 1 banana pancake. Kalau nak makan makanan lain atau minum air lain, boleh tambah ( bayar lain la). Ada banyak pilihan.

Lepas makan, ada ruang untuk bergambar atau nak selfie bagai…..saya rasalah, sebab nampak ada ramai orang ambik gambar kat situ.

Bila balik, memang dah kenyang kebuntang. Dah la makan dekat pukul 10 malam. Memang sangat berpotensi lah nak mengumpul lemak-lemak…haha.

Sekian. Wassalam.

#biargemukasalbahagia
#adamakkisah

9 thought on “Shell Out Di Kiensara Kitchen”

  1. paridah says:

    SEDAPNYA MENJAMU SELERA

  2. kat bangi yea
    mesti cuba

  3. Adam says:

    Untuk portion 3 orang harganya = RM55 termasuk percuma 2 teh 0 ais dan 1 banana pancake saya rasa harganya ok.

    Bila tukang buat air mohon maaf sebab lewat antar, itu yg kita terasa lemah. Tak jadi nak marah. Lagi pun buat apa marah2 nanti marah jadi budaya sendiri pulak.

  4. dear anies says:

    terus lapo sy hehehe

  5. raihanah says:

    terus rasa lapar

  6. hainom OKje says:

    Kebetulan hari Sabtu baru ni pun saya bershell out buat pertama kalinya FS haha….. Org lain dah berkali kali…..
    Yang kedai saya pergi tu Rm35 untuk 2 org makan tak de free apa apa….Sedap jugaklah

  7. I am LZ says:

    Apa-apa sahaja menu berasaskan seafood memang favorite saya Fidah lebih-lebih lagi shell out.. Tengok gambar entri Fidah terasa sudah lapar.. Berbaloi-baloi 2-3 orang makan RM55.00.. Boleh cuba..

  8. baru je makan shell out dekat selayang semalam..
    mmg sedap sangat..

  9. Khir Khalid says:

    Bestnya.. puas makan shell out ni.

Leave a Reply

Related Post